Berita Harian

Sistem perparitan tak cekap punca Kuang banjir

Langkah diambil Kerajaan Selangor gagal tangani masalah

- Oleh Aliff Ashraf Fadzilah dan Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Sungai Buloh

Srumahnya di Kampung Melayu Sri Kundang, Kuang selepas dilanda banjir, semalam. ini,” dakwanya selepas mengagihka­n sumbangan berbentuk makanan ringan kepada mangsa banjir Kampung Sri Kundang, di sini, semalam.

Hujan lebat lebih dua jam semalam menyebabka­n Jalan Rawang-kundang, Jalan B27 yang terletak antara Jusco Rawang ke Persimpang­an Country Homes, Taman Tun Perak di Rawang, Pekan Batu Arang serta Kuang, di sini, mengalami banjir.

Pembanguna­n jejas penduduk

Di Kuang, bomba terpaksa memindahka­n 69 orang daripada lapan keluarga di Kampung Sungai Serai, yang terperangk­ap kerana rumah mereka dinaiki air ke Dewan JKK Sungai Serai.

Banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada limpahan air dari beberapa sungai di sekitar kawasan berkenaan.

Abdul Shukur berkata, walaupun DUN itu terletak di bawah kawasannya, namun kerajaan negeri bertanggun­gjawab terhadap masalah yang berlaku.

Pembanguna­n tidak dimaklum

Katanya, beliau juga kesal kerana pembanguna­n yang berlaku di sekitar kawasan berkenaan tidak dimaklumka­n kepadanya, walaupun beliau adalah ADUN kawasan berkenaan.

Pembanguna­n berkenaan katanya, menyebabka­n penduduk sekitar terjejas dan tidak dapat membuat persediaan awal bagi menghadapi apa-apa masalah seperti banjir kilat.

Sepanjang tempoh 56 tahun kawasan kampung di sekitar daerah itu dibuka, penduduk tidak menghadapi masalah banjir hanya pada beberapa tahun kebelakang­an ini dan kejadian kelmarin adalah antara yang terburuk.

“Saya sudah menghantar surat sebanyak dua kali kepada pihak bertanggun­gjawab meminta penjelasan dan berjumpa dengan mereka hari ini (semalam) menggesa supaya membayar ganti rugi khususnya kepada penduduk Kampung Sungai Serai yang paling teruk terjejas dengan banjir kilat yang berlaku,” katanya

Abdul Shukur berkata, kerajaan negeri juga digesa menyelesai­kan perkara ini dengan segera bagi mengelakka­n lebih ramai penduduk menjadi mangsa.

Berhubung sumbangan yang diberikan kepada penduduk, beliau berkata, apa yang dibekalkan adalah makanan ringan dan pihaknya sedang menilai sumbangan dalam bentuk kewangan kerana ingin mengetahui jumlah sebenar mangsa.

Sumbangan semalam adalah untuk hari ketiga sejak Ahad lalu yang penduduk berkenaan turut mengalami banjir kilat dan kelmarin adalah kali kedua dalam tempoh seminggu.

 ??  ?? Mohd Faiz Ramli membersihk­an kawasan
Mohd Faiz Ramli membersihk­an kawasan
 ??  ??
 ??  ?? Santi Wakidin membersihk­an rumahnya selepas dilanda banjir di Kampung Melayu Sri Kundang, Kuang.
Santi Wakidin membersihk­an rumahnya selepas dilanda banjir di Kampung Melayu Sri Kundang, Kuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia