Berita Harian

22 keluarga terjejas tinggal sehelai sepinggang

-

Sungai Buloh: Tinggal sehelai sepinggang. Itulah gambaran nasib 22 keluarga yang menetap di Kampung Melayu Sri Kundang, di sini selepas rumah mereka ditenggela­mi air dalam kejadian banjir kilat pada Ahad lalu dan yang terbaharu kelmarin.

Seorang penduduk, Normah Ahmed Suyuti, 46, berkata dia sekeluarga tidak dapat menyelamat­kan harta benda kerana air memenuhi rumah mereka yang terletak kurang 200 meter dari sungai berhampira­n terlalu cepat.

Selamatkan dokumen penting

“Saya hanya sempat selamatkan dokumen penting sahaja. Dalam kurang lima minit, rumah saya sudah dipenuhi air,” katanya sewaktu ditemui pada lawatan Misi Bantu Banjir Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Datuk Abdullah Syukur Idrus, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Lemat Daud, 60, berkata kejadian banjir kilat yang menimpa keluargany­a kelmarin adalah yang paling teruk dalam sejarah hidupnya.

Sering ditimpa banjir

“Penduduk di sini sering ditimpa banjir, namun kebiasaann­ya banjir yang berlaku hanya menenggela­mkan jalan di hadapan rumah,

“Tetapi banjir yang berlaku semalam (kelmarin) tidak diduga dan amat teruk pernah saya alami,” katanya.

Kejadian itu juga menyebabka­n Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Kundang yang terletak bersebelah­an sungai terjejas teruk dan diarah tutup untuk sementara.

Penyeliany­a, Rosita Omar, 52, berkata ketika kejadian, semua penghuni dan pekerja pusat itu tidak berada di situ kerana PDK itu ditutup.

“Kami bernasib baik kerana ketika banjir melanda, pusat ini tidak beroperasi kerana semua penghuni menghadiri sebuah program di luar kawasan ini.

‘’Namun segala peralatan dan kemudahan dalam pusat ini rosak teruk dan tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, pusat pemindahan banjir di Dewan Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) Sri Kundang, ditutup semalam selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang pada jam tiga petang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia