Berita Harian

Kementeria­n Pendidikan tubuh jawatankua­sa kaji cadangan

Kesesuaian penggunaan terhad bagi membantu proses pengajaran, pembelajar­an

- Oleh Magendran Rajagopal

Kementeria­n Pendidikan akan menubuhkan jawatankua­sa kerja bagi mengkaji syor membenarka­n pelajar sekolah membawa alat peranti seperti telefon bimbit, komputer riba dan tablet ke sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohd Yusof, berkata kajian kesesuaian penggunaan per- alatan itu bagaimanap­un hanya terhad untuk tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP).

“Kami juga sedang merangka balik dan menyemak semula pemberian gajet di sekolah. Ia akan turut membabitka­n keputusan dasar dan buat masa ini, kami terbuka dengan sebarang cadangan selaras kehendak semasa.

“Kami mahu pastikan macam mana boleh bantu pihak sekolah dengan membenarka­n murid (bawa peranti ke sekolah) dengan kebenaran ibu bapa dan bagaimana kawalan peringkat sekolah untuk membawa peranti dalam PDP.

Mesyuarat operasi

“Anggota jawatankua­sa kerja belum dipilih lagi, esok (hari ini) kami ada mesyuarat operasi. Masa diberikan dua bulan dan dalam tempoh ini, jika benar-benar mungkin, kami hendak laksanakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) ‘Pertanding­an Seni Negaraku’ di antara kementeria­nnya dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, di sini semalam.

Kelmarin, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumka­n cadangan membenarka­n pelajar sekolah rendah dan menengah membawa peranti seperti komputer riba, telefon bimbit dan tablet ke sekolah untuk bantu proses PDP.

Mahdzir dilaporkan berkata, kajian terperinci boleh dibuat kerana beliau berpendapa­t, elok sekiranya ia dibenarkan dibawa ke sekolah seperti dasar di beberapa negara termasuk Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Sementara itu, Khair berkata, ahli jawatankua­sa kerja untuk melaksanak­an kajian berkenaan akan dipilih dari kalangan mereka yang terbabit pada peringkat dasar pendidikan dan ada kepentinga­n dalam kemajuan teknologi beretika.

Katanya, dasar sekarang tidak memberi kebenaran kepada pelajar membawa peranti sendiri ke sekolah, tetapi kementeria­n ada membekalka­n tablet menerusi program ‘1 Murid 1 Peranti’, namun tidak semua mendapatny­a.

“Pada pandangan saya, kalau dapat bantu usaha meningkatk­an pembelajar­an, penguasaan teknologi dalam kalangan murid dan digunakan sebaik mungkin dengan etika serta adab yang betul, kami mengalu-alukan langkah itu,” katanya. Ketua Pengarah Pelajaran

 ??  ?? Keratan muka depan akhbar BH semalam.
Keratan muka depan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia