Berita Harian

Perkukuh pendidikan tanpa sempadan

Suasana pembelajar­an lebih ceria, pelajar tak bosan

- Oleh Nas Norziela Nasbah

“Ada keberkesan­an kaedah ini, suasana ceria, pelajar juga tak bosan sepanjang pembelajar­an,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 2 di Pasir Gudang, Johor, Rosyati Jani.

Beliau berkata, sekolahnya menggunaka­n peranti seperti chromebook dan notebook di makmal komputer selaras usaha memperkuku­hkan konsep pendidikan tanpa sempadan melalui Persekitar­an Pembelajar­an Maya (VLE) Frog.

Sekolah itu juga, katanya, per- nah mengambil inisiatif menjalanka­n sesi pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual (DSV) menggunaka­n komputer riba yang dibawa sendiri pelajar.

Perlu ada penambahba­ikan

“Namun, perlu ada penambahba­ikan kerana mungkin ada pelajar tiada komputer riba sendiri, sebaliknya terpaksa pinjam atau berkongsi dengan rakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abu Bakar Baginda (SMKDABB) di Sungai Merab, Kajang, Hashim Saryani @ Md Noh turut menyifatka­n cadangan berkenaan sebagai baik.

“Tiada masalah pelajar bawa peranti ke sekolah untuk tujuan Pdpc, namun perlu diawasi guru untuk mengelak salah guna. Kawalan dan pemantauan oleh pihak sekolah juga harus diperketat­kan jika cadangan itu dilaksanak­an,” katanya.

Katanya, SMKDAAB juga dilengkapi makmal komputer yang membolehka­n pelajar menggunaka­n komputer riba dan notebook disediakan mengikut keperluan subjek.

“Jika cadangan itu dilaksanak­an, perlu ada insentif membekalka­n alat peranti seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar kepada pelajar kerana bukan semua mampu membelinya,” katanya.

 ??  ?? Pelajar SMK Datuk Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, menggunaka­n komputer riba pada sesi pembelajar­an di sekolah.
Pelajar SMK Datuk Abu Bakar Baginda, Sungai Merab, menggunaka­n komputer riba pada sesi pembelajar­an di sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia