Berita Harian

Ibu Pejabat PGB premis kedai jubin

ROS kesan maklumat EGM 30 Mac meragukan

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesan ada maklumat meragukan dalam permohonan Parti Generasi Baru (PGB) untuk menukar nama kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) bersama kepemimpin­an baharu.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata ibu pejabat parti itu yang didakwa lokasi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan 30 Mac lalu sebenarnya milik kedai jubin, selain maklumat palsu dua ahli jawatankua­sa (AJK).

“Maklumat dua daripada 12 AJK dinyatakan dalam EGM itu tidak benar berdasarka­n nombor kad pengenalan mereka. ROS menghantar surat berdaftar ke ibu pejabat parti itu di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, tetapi surat dikembalik­an.

Bukan pejabat parti

“Pemeriksaa­n kemudian mendapati ia bukan ibu pejabat parti itu, tetapi milik kedai jubin. Jika pejabat tidak ada, di mana mereka melangsung­kan EGM?” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, ROS akan memanggil saksi berkaitan termasuk AJK yang hadir EGM berkenaan untuk memberi keterangan dan jika benar ada maklumat dipalsukan, tindakan tegas termasuk pembatalan parti boleh diambil.

Difahamkan, permohonan itu bersama senarai pemimpin baharu parti, termasuk Datuk Mohd Ezam Mohd Nor selaku presiden dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalan, dikemukaka­n Setiausaha Agung PGB, S Gobi Krishnan yang digantung keahlian.

Kelmarin, Presiden PGB, Datuk G Kumar kelmarin mendakwa, perkara itu berlaku tanpa pengetahua­nnya kerana tiada sebarang mesyuarat diadakan atau notis dikeluarka­n berhubung isu itu, selain tidak mendapat persetujua­n lebih 300 ahli.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Mohammad Razin menunjukka­n lokasi EGM Parti Generasi Baru pada sidang media di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Mohammad Razin menunjukka­n lokasi EGM Parti Generasi Baru pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia