Berita Harian

Hayati semangat perjuangan parti

Generasi muda perlu sedar pengorbana­n UMNO demi kepentinga­n orang Melayu

- Oleh Mohamed Farid Noh

Ahli UMNO dinasihatk­an supaya kembali menghayati semangat perjuangan sebenar yang menyatukan orang Melayu sejak penubuhan parti pada tahun 1946.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamed Aziz, berkata adalah penting untuk menyelami pengorbana­n dan jerih-perit ahli terdahulu dalam menebus maruah orang Melayu dan menjadikan bangsa bermaruah.

Beliau yang sudah 57 tahun menjadi ahli UMNO, sebak apabila ada pihak yang sentiasa memperleke­hkan perjuangan parti serta tidak memperakui jasa parti itu membela orang Melayu.

“Sejarah UMNO perlu diketahui, dikaji dan disebar luas kepada semua ahli dan orang Melayu, betapa ahli terdahulu memperjuan­gkan maruah bangsa dengan penuh pengorbana­n dan air mata, demi memartabat­kan orang Melayu negara ini.

“Perjuangan mereka sangat tulus sehingga sanggup mengenepik­an kepentinga­n peribadi dan keluarga, memerah keringat dan air mata, malah menggadai harta benda demi kepentinga­n parti dan orang Melayu.

Jasa UMNO besar

“Jasa UMNO dalam membela kepentinga­n agama, bangsa dan tanah air begitu besar dan generasi hari ini perlu menginsafi bahawa tanpa perjuangan dan jerih perih UMNO, bangsa Melayu tidak akan ke mana.

“UMNO sejak dahulu mendidik, mengajar, memotivasi, memperjuan­gkan dan membela orang Melayu supaya mampu berdiri sendiri dan mencabar diri melakukan perkara yang tidak pernah diimpikan dahulu,” katanya kepada BH.

Mohamed yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, berkata bukanlah menjadi satu kesalahan jika ada ahli UMNO yang meminta imbalan, pangkat atau kedudukan dengan syarat dilakukan secara berhemah dan tidak disalah guna.

“Jika ahli UMNO itu layak diberi imbalan seperti pangkat selepas setia dengan perjuangan parti serta mendengar arahan pucuk pimpinan, apa salahnya asalkan ia tidak mendatangk­an perpecahan dan kemudarata­n kepada parti dan masyarakat.

“Bagaimanap­un, selepas mendapat pangkat serta kedudukan dalam parti, ia perlu dipulangka­n semula kepada masyarakat dan parti supaya manfaatnya dapat dirasai serta dinikmati ramai termasukla­h memberi perkhidmat­an dengan penuh tanggungja­wab dan ikhlas,” katanya.

Majoriti orang Melayu sayang dan perlukan UMNO. Generasi hari ini yang lahir dengan melihat kejayaan di depan mata, perlu disedarkan bahawa ia bukan datang bergolek” Mahadzir Abdul Hamid, Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah UMNO sudah melalui saat sukar dan kini kita kembali kukuh merapatkan barisan dan bersiap siaga untuk ‘berperang’ dalam pilihan raya. Kesetiaan akan terus menjadi senjata ampuh setiap ahli UMNO” Mashitoh Mohamad Yusof, Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani Landskap politik semakin berubah yang menuntut kepada pembawaan mekanisme baharu oleh pemimpin. Pandangan (kononnya) UMNO dimonopoli golongan berada atau jadikan seseorang itu kaya, perlu diubah ” Rodhi Md Rejab, Ahli UMNO Cawangan FELDA Laka Selatan Sejarah UMNO perlu diketahui, dikaji dan disebar luas kepada semua ahli dan orang Melayu” Mohamed Aziz, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia