Berita Harian

Siasatan kes MARA Inc ambil masa lama

-

Johor Bahru: Siasatan kes pembelian hartanah oleh MARA Incorporat­ed Sdn Bhd (MARA Inc) di Australia, dijangka mengambil masa sehingga hujung tahun ini susulan maklumat baharu diterima Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM, Datuk Azam Baki, enggan mendedahka­n maklumat terbabit tetapi memberi jaminan akan menjalanka­n siasatan sepenuhnya kes yang disiasat sejak 2015 lalu.

Katanya, setakat ini 24 saksi sudah dipanggil dan pihaknya sudah menjalanka­n siasatan di lebih tujuh lokasi termasuk pejabat peguam, penilai dan pejabat MARA serta yang berkaitan dengannya, selain banyak dokumen sudah dirampas.

“Kes ini ada maklumat baru yang ada kaitan dengan siasatan kes pembelian hartanah di Australia yang kita buka siasatanny­a pada 2015,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia