Berita Harian

‘PAS bukan parti anak beranak’

Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS tak dimiliki ahli keluarga

- Oleh Nazura Ngah

Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2017-2019 yang dimenangi tanpa bertanding oleh anak Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Muhammad Khalil tidak meletakkan parti itu dalam kategori parti ‘anak dan bapa’.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata jawatan Hadi selaku orang nombor satu dalam PAS tidak sepatutnya menjadi lesen untuk ahli keluargany­a dihalang daripada dipilih sebagai pemimpin berdasarka­n kemampuan dan kepemimpin­an yang ditonjolka­n.

Isu tak berbangkit

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, berkata tidak berbangkit isu parti anak beranak atau anak dan bapa kerana Muhammad Khalil dipilih oleh ahli Dewan Pemuda menerusi pencalonan, bukannya dilantik oleh Presiden.

"Ukuran pencapaian Muhammad Khalil untuk menduduki jawatan Ketua Dewan Pemuda adalah kerana merit dan kemampuan selain dicalon dan dipilih oleh perwakilan di peringkat kawasan, bukannya lantikan bersifat keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, BH melaporkan kenyataan pakar geostrateg­is, Azmi Hassan bahawa besar kemungkina­n Muhammad Khalil akan mengisi kekosongan ditinggalk­an penyandang yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atas faktor usia kerana beliau anak Presiden.

Beliau turut dilaporkan berkata, ada asasnya jika ada pihak mendakwa PAS akan menjadi parti anak beranak atau anak bapa jika kerusi itu dimenangi anak Hadi.

Kemenangan Muhammad Khalil diumumkan Lembaga Pemilihan PAS Pusat kelmarin selepas tarikh penerimaan pencalonan ditutup Isnin lalu.

Selain Muhammad Khalil, jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua turut dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Khairil Nizam Khiruddin dan Ahmad Fadhli Shaari.

Lembaga Pemilihan turut mengisytih­arkan barisan kepemimpin­an utama Dewan Ulama dan Dewan Muslimat bagi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua yang turut dimenangi tanpa bertanding.

Sementara itu, diminta mengulas pemilihan bagi jawatan Naib Presiden yang dijangka sengit berikutan berlaku persaingan empat penjuru antara tiga penyandang dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan, beliau berkata, pemilihan dalam PAS tidak menjadi rebutan kerana pimpinan diajar dengan prinsip Islam iaitu tidak meminta jawatan.

Hormati hak ahli

“Pertanding­an yang ada adalah bagi menghormat­i hak ahli yang membuat pencalonan atas nama berlumba melakukan kebaikan,” katanya.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh akan bersaing dengan tiga penyandang iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan EXCO Kanan Kerajaan Selangor merangkap Pesuruhjay­a PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Ukuran pencapaian Muhammad Khalil untuk menduduki jawatan Ketua Dewan Pemuda adalah kerana merit dan kemampuan selain dicalon dan dipilih oleh perwakilan di peringkat kawasan, bukannya lantikan bersifat keluarga”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia