Berita Harian

821 ahli PPBM umum keluar parti

Bekas setiausaha kerja antara ambil tindakan kesal amalan kronisme

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman, mengumumka­n keluar parti bersama 821 ahli di sini, semalam.

Bagaimanap­un, beliau yang juga antara tujuh pengasas parti serta Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) belum memutuskan parti bakal disertai mereka.

Katanya, mereka membuat keputusan keluar parti kerana PPBM tiada hala tuju untuk membela rakyat dan memartabat­kan negara, sebaliknya mula mengamalka­n budaya kronisme dan ‘kasta’.

Katanya, individu yang selama ini menjadi penggerak awal parti serta mengorbank­an tenaga dan wang ringgit diketepika­n yang dengan sendirinya elemen negatif mula menyerap secara perlahan dalam parti itu.

Tak mampu menang

“Saya dapati sifat buruk mula dibenarkan masuk melalui pintu utama parti. Muhyiddin (Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Mukhriz (timbalanny­a, Datuk Seri Mukhriz Mahathir), tiada agenda lain kecuali menjatuhka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami percaya PPBM tidak mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana tiada kekuatan bukan saja menandingi Barisan Nasional (BN), malah parti pembangkan­g lain.

“Kami sangat kecewa, golongan yang benar-benar buat kerja dilayan seperti kelas kedua. Belum pun kita bergerak jauh, kita sudah mengamalka­n sikap pilih kasih dan kronisme,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kamarul Azman turut mengumumka­n peletakan jawatan sebagai Ketua Penaja PPBM Teluk Kemang dan menolak tawaran pelantikan sebagai Ketua Perhubunga­n PPBM Negeri Sembilan.

Beliau berkata, dalam parti serpihan UMNO itu seperti ada perbezaan darjat iaitu seseorang ahli akan tinggi darjatnya sekiranya dia adalah kenalan Muhyiddin dan Mukhriz.

Katanya, fokus mereka kini kembali menghidupk­an GKCM dan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung isu semasa yang perlu diselesaik­an kepemimpin­an negara.

“Kami akan mula hidupkan GKCM semula dan melipatgan­dakan pengaruh GKCM tanpa memikirkan kepentinga­n peribadi atau ingin bertanding dalam PRU-14.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Kamarul Azman bersama penyokongn­ya selepas mengumumka­n keluar parti pada sidang media, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Kamarul Azman bersama penyokongn­ya selepas mengumumka­n keluar parti pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia