Berita Harian

Soalan seiras, mantapkan ulang kaji

Penceramah tunjuk kaedah mudahkan kuasai topik sukar

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

“Kehadiran saya ke seminar pendidikan ini cukup berbaloi dan bermanfaat sebagai persediaan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini, apabila memperoleh panduan pembelajar­an berharga daripada guru berpengala­man,” kata Muhammad Firdaus Hassan, 17.

Peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Said itu adalah antara 210 peserta Seminar Didik Rakyat SPM 2017 anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama BH, yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Muhammad Firdaus berkata, penyertaan­nya dalam program itu adalah atas kehendak sendiri selepas dimaklumka­n pihak sekolah sebagai meningkatk­an ilmu pengetahua­n menjelang SPM, November depan.

“Penceramah bukan sahaja menggunaka­n teknik mengajar mudah difahami dan memberi peluang bertanyaka­n persoalan berhubung topik sukar dikuasai, tetapi juga memberikan banyak contoh soalan sebagai ulang kaji,” katanya.

Perasmian program sehari yang membabitka­n tiga mata pelajaran, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah itu, disempurna­kan Ketua Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Khalidah Omar.

Yang turut hadir, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Nilai, Nazatussim­a Ali @ Abu Bakar.

Format terkini

Sementara itu, Nazatussim­a berkata, program tahunan sejak tahun 2003 yang membabitka­n calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan Tinggi (PT3) dan SPM itu, sehingga kini sudah memberi manfaat kepada lebih 100,000 peserta melalui siri diadakan di seluruh negara.

“Tahun ini sebanyak 50 siri seminar anjurkan YBR bagi calon UPSR, PT3 dan SPM di seluruh negara, bertujuan membantu calon lebih bersedia menjawab kertas peperiksaa­n, mengikut format terkini.

“Adalah diharap melalui seminar yang disampaika­n guru pakar dan berpengala­man setiap mata pelajaran, mampu meningkatk­an kefahaman dan keyakinan calon menduduki peperiksaa­n,” katanya.

Bagi peserta seminar, Hanim Najwa Mohd Zarith Abdullah, 17, peluang menyertai seminar itu cukup berharga kerana membantuny­a memperoleh maklumat berharga di luar kelas.

 ?? [FOTO BAKRI MOHD DAHALAN /BH] ?? Pelajar yang mengikuti Seminar Didik Rakyat SPM anjuran YBR di Bandar Enstek, baru-baru ini.
[FOTO BAKRI MOHD DAHALAN /BH] Pelajar yang mengikuti Seminar Didik Rakyat SPM anjuran YBR di Bandar Enstek, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia