Berita Harian

Murid OKU sasar keputusan cemerlang

-

Ipoh: Murid orang kelainan upaya (OKU) antara 224 peserta yang hadir mengikuti Klinik Ujian Pencapaian Ujian pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anjuran BH demi meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n itu, di sini, baru-baru ini.

Peserta dari Sekolah Pendidikan Khas Ipoh, Lai Pei Yi, berkata panduan yang diberikan oleh penceramah sangat berguna dan boleh difahami dengan jelas.

Beliau yang mengalami masalah pendengara­n, berkata penceramah yang pakar dalam subjek masing-masing tidak lokek berkongsi pelbagai panduan terutama teknik belajar dan menjawab soalan secara berkesan.

“Walaupun penceramah memberi soalan yang mencabar, penerangan secara menyeluruh cara menjawab soalan turut diberikan, termasuk membabitka­n kaedah terbaik mendapat markah tertinggi.

“Penceramah turut mengajar cara menulis esei dengan baik terutama bagi subjek Bahasa Melayu, mendapat markah tinggi dan saya berjaya menulis sendiri esei dengan panduan yang diberikan,” katanya antara tiga peserta OKU yang mengikuti klinik itu, di sini.

Bantu guru pendidikan khas

Sementara itu, guru Sekolah Pendidikan Khas Ipoh, Khatijah Ali, berkata penerangan penceramah sangat berkesan dengan teknik menjawab soalan yang mudah.

“Penyampaia­n penceramah sepanjang klinik berlangsun­g membantu kami sebagai guru pendidikan khas untuk memberi penerangan kepada murid OKU.

“Walaupun peruntukan masa untuk setiap subjek adalah terhad, penceramah berjaya memberikan penyampaia­n yang sangat padat,” katanya.

Beliau berkata, walaupun peserta yang juga murid OKU itu mengalami masalah pendengara­n, tetapi mereka begitu seronok menyertai klinik berkenaan kerana boleh belajar sesuatu baharu serta dapat mendedahka­n murid terbabit kepada dunia luar.

 ?? [FOTO EFFENDY RASHID /BH] ?? Sebahagian peserta Klinik UPSR BH di Ipoh.
[FOTO EFFENDY RASHID /BH] Sebahagian peserta Klinik UPSR BH di Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia