Berita Harian

471 ibu bapa, pelajar disaman

Penguatkua­saan tingkat kesedaran aspek keselamata­n

- Oleh Nur Afiradina Arshad

Jabatan Siasatan dan Perundanga­n Trafik (JSPT) Selangor mengeluark­an 471 saman menerusi Op Didik yang dijalankan serentak di beberapa lokasi di sekitar Selangor, semalam.

Operasi bermula jam 6.30 hingga jam 7.45 pagi itu memfokuska­n pelajar sekolah menengah dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, dengan bermotosik­al.

Ketua JSPT Selangor, Superinten­dan Kamaludin Mohamad, berkata operasi berkenaan dijalankan di hadapan beberapa sekolah di Ampang Jaya, Sepang, Serdang, Klang, Kuala Langat dan Kajang.

Pastikan patuhi peraturan

Katanya, operasi bertujuan mendidik pelajar dan ibu bapa yang tidak mengendahk­an peraturan jalan raya seperti tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, tiada cukai jalan dan cukai jalan tamat tempoh.

“Dalam operasi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 3, Bandar Kinrara, Serdang, lima saman dikeluarka­n atas kesalahan tidak memakai topi keledar, manakala di SMK Sungai Pelek, Sepang, 12 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan.

“Di SMK Bukit Indah, Ampang Jaya, 35 saman dikeluarka­n ke atas pelajar dan ibu bapa, manakala di SMK Kapar Indah dan SMK Kampung Jawa di Klang, 109 saman dikeluarka­n selain menyita dua motosikal yang diubah suai.

“Di SMK Jenjarom, 12 saman dikeluarka­n membabitka­n pelbagai kesalahan, SMK Seksyen 16, Shah Alam (17), SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Kajang (18) dan SMK Bandar Baru Sungai Buloh, (53),” katanya.

11 saman turut dikeluarka­n dalam operasi di hadapan SMK Puchong Permai di Subang Jaya, SMK Ampang Pecah, Hulu Selangor (13), SMK Bandar Tasik Puteri Rawang, Gombak (56), SMK Damansara Damai, Petaling Jaya (55) dan SMK Sri Tanjung di Kuala Selangor (50).

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Polis trafik memeriksa lesen memandu pelajar sekolah yang menunggang motosikal di hadapan sebuah sekolah, semalam.
[FOTO IHSAN PDRM] Polis trafik memeriksa lesen memandu pelajar sekolah yang menunggang motosikal di hadapan sebuah sekolah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia