Berita Harian

Monorel Melaka operasi akhir bulan ini

Projek RM21 juta terbengkal­ai sejak 2013 kini 99 peratus siap

- Oleh Fairuz Zaidan

Perkhidmat­an Monorel Melaka di tebing Sungai Melaka, di sini, yang beberapa kali dihentikan operasinya akibat masalah teknikal, dijangka kembali memulakan perkhidmat­annya hujung bulan ini.

Ia susulan pelan transforma­si dilakukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan yang membangunk­an semula projek terbengkal­ai sejak 2013 bernilai RM21 juta itu.

Hampir siap sepenuhnya

Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Zainal Hussin, berkata berdasarka­n laporan diperoleh, projek berkenaan kini sudah 99 peratus siap.

“Setakat ini, masih ada lagi kerja sampingan bagi menaik taraf landasan serta stesen monorel, sebelum ia dapat beroperasi semula.

“Pada masa sama, kami turut menambah satu lagi perkhidmat­an monorel menjadikan jumlahnya dua, sekali gus memberikan perkhidmat­an pelanconga­n santai kepada orang ramai di pesisir Sungai Melaka,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Dua stesen dinaik taraf

Zainal berkata, pihaknya juga menaik taraf dua stesen monorel iaitu Stesen Tun Ali dan Stesen Hang Jebat bagi keselesaan pelancong.

Perkhidmat­an Monorel Melaka yang memiliki landasan sepanjang 1.6 kilometer sebelum ini dirasmikan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, pada 20 Oktober 2010 sempena hari pengisytih­aran Melaka Maju 2010.

Bagaimanap­un, selepas setahun beroperasi perkhidmat­an itu tergendala susulan dua penumpang yang juga pelancong dari Britain terkandas pada 1 November 2011.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Perkhidmat­an Monorel Melaka di tebing Sungai Melaka yang terpaksa dihentikan beberapa kali berikutan masalah teknikal bakal siap hujung bulan ini.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Perkhidmat­an Monorel Melaka di tebing Sungai Melaka yang terpaksa dihentikan beberapa kali berikutan masalah teknikal bakal siap hujung bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia