Berita Harian

120 karya baharu untuk PBAKL bukti komitmen DBP

Ekonomi suram tidak jejas usaha terbit buku, perkaya bahasa Melayu

- Oleh Hafizah Iszahanid

Keadaan ekonomi yang suram tidak bermaksud usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang, termasuk sains dan teknologi tersekat.

Sebaliknya, selain memenuhi permintaan pasaran terhadap buku ilmiah yang masih tinggi, usaha memperkemb­angkan bakat sastera dalam bahasa kebangsaan terus dirancakka­n.

Ini dibuktikan dengan komitmen DBP menerbitka­n 120 judul baharu khusus untuk Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 yang akan berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bermula 28 April hingga 7 Mei ini.

Secara keseluruha­n, DBP menyediaka­n lebih 1,496 judul pelbagai genre untuk PBAKL, termasuk edisi cetakan semula.

Pengurus Besar Pemasaran dan Pengedaran DBP, Abdul Rashid Suleiman, berkata selain penerbitan semula dan pelancaran novel Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad, Srengenge, pihaknya turut menerbitka­n semula empat karya tokoh pemikir Melayu, Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).

Terbit semula karya tokoh akademik

“Buku Pendeta Za’ba itu antara sebahagian buku yang kami tawarkan pada harga istimewa. Kami turut menerbitka­n semula enam karya tokoh akademik, Syed Hussein Alatas dan tiga buku tulisan Datuk Dr Haron Din.

“Semua buku ini dijual secara kombo dengan potongan mencecah 45 peratus,” katanya kepada Sastera&budaya di sini.

Kata Abdul Rashid, buku DBP mendapat sambutan hangat sejak dahulu seperti novel dewasa, Isteri karya Rosmini Shaari yang terjual hingga 23,000 naskhah sejak 1988 dan masih diulang cetak hingga kini.

“Bukan sekadar novel, genre biografi juga mendapat sambutan luar biasa sejak dahulu, misalnya Kanang Anak Langkau,” katanya.

Bagi PBAKL kali ini, DBP turut menawarkan enam novel tulisan Ahmad Patria Abdullah, buku umum tulisan Nisah Haron dan buku kanak-kanak Maslina Yusuf.

“Sasaran kami pada PBAKL tahun ini kekal seperti tahun lalu, iaitu RM1 juta. Ia berdasarka­n kepelbagai­an genre yang ditawarkan bukan sahaja buku ilmiah, bahkan buku kategori popular,” katanya.

Abdul Rashid berkata, DBP komited dalam menyuburka­n minat membaca dalam masyarakat sehingga menawarkan diskaun mencecah sehingga 75 peratus.

Malah kadar diskaun itu juga dilebarkan untuk pembelian dalam talian bermula lebih awal dari 24 April hingga 10 Mei ini, selain turut terpakai menerusi jualan bergerak DBP, Ujana DBP.

“Khusus untuk PBAKL 2017, kami menawarkan hadiah bernilai RM10,000 untuk pengunjung bertuah setiap hari, selain hadiah utama RM20,000 menerusi peraduan yang kami adakan sepanjang PBAKL,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Abdul Rashid menunjukka­n antara buku Buku DBP. dipamerkan pada Pesta
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Abdul Rashid menunjukka­n antara buku Buku DBP. dipamerkan pada Pesta
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia