Berita Harian

Warisalam sebar budaya Melayu ke Eropah

-

Kuala Lumpur: Kesedaran untuk memastikan tradisi dan budaya Melayu terus hidup mendorong Persatuan Seni Budaya dan Warisan Jawi (Warisalam) mengembara ke Eropah menerusi Awang Kelana - Biar Budaya Berbicara.

Ketua Projek Awang Kelana, Saiful Anwar Yahaya, berkata kembara ke beberapa negara itu sudah bertolak ke Istanbul Selasa lalu dan akan menuju ke London, Paris, Brussels dan Casablanca sebelum berakhir di Madrid pada 14 Mei ini.

Beliau berkata, kembara Awang Kelana - Biar Budaya Berbicara itu diadakan sesuai dengan matlamat Warisalam bagi melestarik­an seni kebudayaan Melayu dalam kalangan warga Malaysia di luar negara.

Katanya, selepas bengkel di pelbagai universiti dalam negara, sudah tiba masanya Warisalam memanjangk­an langkah melestari budaya Melayu ke luar negara.

“Kami berharap, ilmu yang dikongsika­n dalam bengkel ini akan membantu pelajar dan masyarakat kita di bumi Eropah untuk kembali mengamalka­n amalan tradisi Melayu meskipun ketika berada di luar negara.

“Perihal ‘memesrai’ kebudayaan tradisi Melayu ini penting terutama generasi muda yang berada di luar negara. Kita mahu mereka pulang ke tanah air dan dalam masa sama, jati diri Melayu masih kuat dalam diri tanpa dipengaruh­i unsur kebaratan,” katanya ketika dihubungi Sastera & Budaya di sini, semalam.

Pengenalan busana Melayu, bengkel silat tari

Saiful Anwar berkata, sepanjang kembara itu, pihaknya akan mengadakan pelbagai bengkel daripada pengenalan kepada busana Melayu, bengkel silat tari untuk persembaha­n hinggalah kepada amalan senaman Melayu yang diamalkan masyarakat Melayu lama untuk tujuan menjaga kesihatan.

“Bengkel itu dijangka akan diadakan di universiti di Istanbul pada 23 April ini sebelum bergerak ke Malaysia Hall, London pada 26 April dan di Maghribi pada 4 Mei ini,” katanya.

Selain Saiful Anwar, turut serta dalam kembara selama 25 hari di bumi Eropah itu ialah Zaid Mohd Rais, Anas Rasyidi Jainudin, Mohd Tarmizi Ahmad Sani, Salam Farisi Samsudin dan Azahan Zakaria.

Program kembara Awang Kelana - Biar Budaya Berbicara ini adalah program kedua diadakan Warisalam di luar negara selepas kejayaan Jejak Warisan Jawi ke tujuh negara dengan kenderaan pacuan empat roda selama 25 hari dari Malaysia ke Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan China.

 ??  ?? Saiful Anwar Yahaya
Saiful Anwar Yahaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia