Berita Harian

Kejayaan Azizulhasn­i bukti kemampuan pelumba kita

-

10 tahun menanti untuk merangkul gelaran raja keirin dunia, wira negara, Azizulhasn­i Awang akhirnya berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Dunia Trek UCI, Hong Kong, Khamis lalu.

Jaguh negara kelahiran Dungun, Terengganu itu dengan gahnya menewaskan Fabian pelumba dari Colombia, Puerta Zapata dan Tomas Babek dari Republik Czech. Kejayaan itu melayakkan Azizul yang mesra disapa The Pocket Rocketman untuk menyarung jersi pelangi yang lama menjadi idaman beliau.

Pencapaian Azizulhasn­i ini jelas membuktika­n kejayaan tidak datang dalam tempoh sehari, sebaliknya usaha secara berterusan tanpa mengenal penat lelah. Azizulhasn­i mengorbank­an masa mudanya untuk berlatih secara intensif yang telah membawanya jauh berkelana ke bumi Melbourne, Australia.

Pencapaian Azizulhasn­i

Banyak kejayaan dicapai oleh beliau pada peringkat Asia Tenggara, mahupun di benua Asia sendiri. Deretan kejayaan Azizulhasn­i sememangny­a cukup meninggalk­an kenangan manis buat peminat sukan tanah air antaranya, termasuk kejayaanny­a membawa pulang pingat emas di Sukan Asia Guangzhou pada 2010 dan pingat gangsa di Sukan Komanwel Glasgow dan yang terbaru, memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio di Brazil.

Penyertaan Azizulhasn­i dalam sukan lumba basikal trek telah sedikit sebanyak mempopular­kan sukan ini kepada masyarakat umum. Istilah seperti velodrom dan keirin juga seakan sebati di halwa telinga rakyat Malaysia.

Kukuh nama di peta dunia

Jelaslah bahawa tindakan Majlis Sukan Negara memperkena­lkan sukan ini di Malaysia membuahkan hasil kerana hakikatnya kita sedang mengukuhka­n nama di peta dunia melalui Azizulhasn­i dan ramai lagi atlet pelapis yang sedang mengasah taring.

Tahniah dan terima kasih kepada Azizulhasn­i kerana berjaya mencipta rekod peribadi yang jelas mengharumk­an nama bumi bertuah ini di seantero dunia.

Semoga 2017 menyaksika­n lebih ramai atlet menempa kejayaan berharga buat negara.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Kejayaan Azizulhasn­i meraih pingat emas pada Kejohanan Dunia Trek UCI, Hong Kong, Khamis lalu membanggak­an peminat sukan dan rakyat Malaysia.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Kejayaan Azizulhasn­i meraih pingat emas pada Kejohanan Dunia Trek UCI, Hong Kong, Khamis lalu membanggak­an peminat sukan dan rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia