Berita Harian

Pelantikan Menteri Tugas-tugas Khas bukan baharu

-

Pelantikan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM), baru-baru ini, menjadi tumpuan banyak pihak. Hishammudd­in masih kekal sebagai Menteri Pertahanan. Pelantikan baharu itu akan meletak tanggungja­wab baharu bertujuan melicinkan lagi pentadbira­n kerajaan.

Pelantikan itu mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhka­n hubungan dan tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbira­n kerajaan.

Pelantikan itu bukan perkara baharu dilakukan oleh kerajaan. Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Tugastugas Khas (24 Jun 1998-7 Januari 1999) dan sebagai Menteri Kewangan Pertama dan Menteri Tugastugas Khas (8 Januari 1999-Jun 2001). Ia untuk memastikan proses pembanguna­n ekonomi berjalan lancar, termasuk membantu mempercepa­t pemulihan ekonomi negara ketika itu.

Bantu PM laksana tugas lebih lancar

Justeru, dalam keadaan negara memperluas hubungan dengan beberapa negara seperti Arab Saudi, China dan India, selain berhadapan dengan cabaran ekonomi dan juga ancaman semasa seperti militan, maka pelantikan Hishammudd­in akan membantu Perdana Menteri melaksanak­an tugas dengan lebih lancar.

Menurut Zahid, Hishammudd­in adalah orang yang layak untuk memikul tanggungja­wab itu. Lagi pun, Hishammudd­in sangat berpengala­man dalam Kabinet. Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2013, beliau adalah Menteri Belia dan Sukan (1999-2004) dan Menteri Dalam Negeri (2009-2013). Beliau juga pernah memangku jawatan Menteri Pengangkut­an pada 20132014.

Malangnya, banyak perkara yang kerajaan lakukan akan dipolitikk­an pihak tertentu. Ini termasuk langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik Hishammudd­in ke jawatan itu. Ketika kerajaan memikirkan yang positif terhadap lantikan itu, ada pihak melihatnya atas kaca mata ‘politik spekulasi’.

Antara spekulasi yang dibuat mereka ialah kononnya lantikan itu untuk mengukuhka­n kedudukan Najib. Ada juga menyatakan­nya sebagai pelan peralihan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang dan pelbagai spekulasi lain. Memang tidak salah telahan politik dilakukan apabila sesuatu tindakan dibuat oleh ahli politik, terutama membabitka­n mereka yang berkuasa seperti Perdana Menteri.

Namun, tidak wajar lantikan yang mempunyai kepentinga­n pentadbira­n kerajaan itu dipolitikk­an untuk menimbulka­n persepsi buruk terhadap kerajaan, termasuk melaga-lagakan tokoh politik tertentu dalam kerajaan atas harapan pentadbira­n menjadi lemah, sekali gus memudahkan mereka terus menyerang Najib.

Pelantikan tiada agenda besar

Bagi saya, apa salahnya jika dari segi politik lantikan itu dapat memperkuku­h langkah serta gandingan Zahid dan Hishammudd­in untuk kepentinga­n pentadbira­n kerajaan. Sebagai Perdana Menteri, Najib mempunyai perkiraann­ya sendiri bagi mengatasi masalah yang memerlukan Hishammudd­in berada di JPM.

Pelantikan itu tidak mempunyai apa-apa agenda besar seperti yang cuba digambarka­n pihak tertentu. Sebaliknya ia dibuat untuk kepentinga­n pentadbira­n semata-mata. Memang, jika mahu dipolitikk­an pelbagai andaian dan spekulasi boleh dibuat oleh ‘nujum politik’, terutama mereka yang memusuhi Najib.

Namun, ia tetap tidak akan menjejaska­n pentadbira­n Najib sekiranya lantikan itu terbukti akan membawa kekuatan dan kebaikan kepada kepada pentadbira­n kerajaan.

Hishammudd­in sendiri sudah menyatakan bahawa beliau sedia memikul tanggungja­wab diamanahka­n kepadanya meliputi peranan dalam pelbagai bidang mengikut keperluan semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia