Berita Harian

3 negara perketat syarat visa kemasukan

AS, Australia dan New Zealand utamakan rakyat sendiri

-

Washington

Pkata Trump ketika berikrar di depan bendera AS yang dibentuk daripada perengkuh. Ia sebagai menghantar isyarat kepada agensi kerajaan memberi cadangan pembaharua­n ke atas sistem visa H1B negara itu.

Di Sydney, Australia akan memansuhka­n visa sementara pekerja asing mahir, mempertaha­nkan rakyat tempatan perlu diberi keutamaan peluang pekerjaan berbanding orang luar.

Pemeriksaa­n terperinci

Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berkata, visa popular 457, yang membolehka­n rakyat asing tinggal dan bekerja di Australia sehingga empat tahun, akan digantikan dengan skim lebih tegas yang memerlukan pemeriksaa­n latar belakang jenayah serta syarat ketat bahasa Inggeris.

“Kita adalah sebuah negara pendatang, namun hakikat yang kekal adalah, pekerja Australia memiliki keutamaan pekerjaan di Australia,” katanya dalam satu video Facebook mengumumka­n perubahan itu.

Seramai 95,000 rakyat asing yang sudah berada di Australia menggunaka­n visa 457 akan terjejas dengan perubahan itu.

Di Wellington, kerajaan New Zealand turut mengetatka­n capaian visa pekerja mahir bagi membantu rakyat tempatan mendapatka­n pekerjaan berbanding pendatang.

Menteri Imigresen New Zealand, Michael Woodhouse menggunaka­n nada sama dalam mengumumka­n kriteria lebih ketat. “Kerajaan kini mengambil pendekatan ‘Kiwifirst’ berbanding pendatang,” katanya.

“Adalah penting bahawa ketetapan imigresen kita menarik individu yang betul dengan kemahiran sebenar bagi membantu mengisi kekurangan kemahiran dan menyumbang pertumbuha­n negara.

“Sebab itulah mengapa kami membuat beberapa perubahan terhadap syarat penghijrah­an kekal dan sementara menyasar menguruska­n jumlah serta memperbaik­i kualiti pendatang yang tiba ke New Zealand.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia