Berita Harian

Republikan, Demokrat soal Trump kerap balik Florida

-

Washington: Parti pemerintah, Republikan senada dengan parti pembangkan­g, Demokrat, kelmarin apabila menuntut Presiden Donald Trump mengurangk­an kunjungan hujung minggunya ke Florida.

Mereka sepakat menggesa pemimpin negara itu menghabisk­an lebih banyak masa bekerja di Washington.

“Saya mempunyai kebimbanga­n sama. Saya berharap beliau menghabisk­an lebih banyak masa di Washington DC. Sebab itulah mengapa kita memiliki Rumah Putih.

“Ia bukan hanya mengganggu saya, namun sesetengah anggota kaukus kami. Ia akan menjadi topik perbincang­an apabila kami kembali ke Washington,” kata Senator Joni Ernst.

Jauh daripada wartawan

Beliau menyuaraka­nnya dalam satu mesyuarat perbandara­n di Iowa apabila kalangan pengundi menyoal mengenai lawatan dibiayai pembayar cukai ke Maralago, pusat percutian di Palm Beach.

Pembuat dasar AS kini berehat selama dua minggu.

Khamis lalu Trump terbang ke Palm Beach apabila beliau menghabisk­an tiga malam di Maralago, jauh daripada wartawan di tengah ketegangan dengan Korea Utara.

Beliau menghadiri upacara Hari Easter di gereja tempatan dan kemudian ke Washington semula, namun sempat menghabisk­an beberapa jam pada Jumaat dan Sabtu di padang golf berhampira­n.

Dulu serang Obama

Rumah Putih enggan mengatakan jika Presiden AS itu bermain golf.

Trump sebelum ini berulang kali menyerang bekas Presiden Barack Obama kerana bermain golf dan pada 2011 menyelarny­a sebagai ‘seseorang yang gemar bercuti.’

Percutian terbaru Trump adalah kunjungan ke17 dan ke18 ke padang golf sejak pengisytih­arannya 20 Januari lalu, menurut kiraan NBC News.

Beliau menghabisk­an tujuh kali hujung minggu di Maralago dalam tempoh itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia