Berita Harian

Kendall Jenner hidup dalam misteri

-

New York: Kendall Jenner berkata, dia kerap terjaga di tengah malam kerana serangan panik selepas seorang lelaki masuk ke tempat letak kereta dan memecah cermin keretanya.

Model yang menderita disebabkan kemurungan pada masa lalu berkata, dia memerlukan pengawasan selepas tiba di kediamanny­a, tahun lalu dan memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya.

Beliau yang kini berusia 21 tahun menggunaka­n perkhidmat­an pengawal peribadi bersenjata tetapi tidak menyukainy­a.

“Saya tidak berasa normal dan saya lebih suka berasa normal sepenuhnya. Saya terjaga di tengah malam dalam keadaan takut. Serangan panik sepenuhnya.

“Mereka mengejutka­n saya daripada tidur, saya terpaksa bangun dalam keadaan ketakutan dan menangis”. katanya kepada Harper Bazaar.

Program realiti

Kemunculan pertama Kendall dalam program realiti ‘Keeping Up With The Kardashian­s’ ketika berusia 11 tahun pada 2007.

Walaupun terkenal dan mempunyai jutaan pengikut di sosial media, Kendall berusaha keras untuk menyembuny­ikan kehidupan peribadiny­a.

“Saya melakukann­ya lebih kerap berbanding ahli keluarga yang lain, saya rasa hanya kerana saya berasa ia terlalu kuat. Ditambah saya rasa orang selalunya mahukan apa yang mereka tidak mampu miliki. Agak menarik untuk hidup dalam misteri.

Katanya dia juga berusaha untuk menjalinka­n hubungan secara rahsia.

Asal: Tinggi:

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia