Berita Harian

Tiger Woods belum pasti tarikh beraksi semula

-

Los Angeles: Tiger Woods masih belum mempunyai jadual waktu untuk kembali beraksi dalam kejohanan golf dalam masa terdekat ini.

Woods berkata, dia masih mempunyai ‘hari yang baik dan juga sebaliknya’ berkaitan pembedahan bagi memperbaik­i masalah belakang badan yang dihadapiny­a.

Bercakap dalam satu majlis pelancaran reka bentuk untuk lapangan baharu di Missouri semalam, Woods kelihatan seakan memberi bayangan mengenai teka teki persaraann­ya masih belum dapat dipastikan lagi.

“Kecederaan belakang saya sedang dalam proses pemulihan. Saya mempunyai hari yang baik dan juga buruk,” kata juara major sebanyak 14 kali itu.

Tiga kali dibedah

“Saya menjalani tiga pembedahan belakang dan malangnya, ia adalah sesuatu yang biasa. Itu saja yang mampu saya katakan.”

Woods, yang sudah tidak beraksi sejak menarik diri daripada kejohanan Dubai Desert Classic, 3 Februari lalu kerana masalah kekejangan berterusan di bahagian belakang, melakukan beberapa pukulan di hadapan khalayak ramai buat kali pertamanya dalam bulan ini.

Pada kejohanan Jelajah PGA pertamanya selepas 17 bulan berehat – Januari lalu di Torrey Pines – dia gagal membuat pukulan sebelum menarik diri di Dubai selepas lubang pertama.

Kecederaan belakang saya sedang dalam proses pemulihan. Saya mempunyai hari yang baik dan juga buruk. Saya menjalani tiga pembedahan belakang dan malangnya, ia adalah sesuatu yang biasa. Itu saja yang mampu saya katakan” Tiger Woods, Pemain golf

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia