Berita Harian

Everton letak harga mahal untuk jual Lukaku

-

London: Everton akan cuba menghalang kelab yang berminat terhadap Romelu Lukaku dengan meminta bayaran perpindaha­n yang mencecah rekod dunia STG100 juta (RM565.05 juta) buat penyerang itu.

Kelab dari Goodison Park itu tidak berminat untuk menjual pemain Belgium yang berada dalam prestasi terbaik itu yang masih memiliki dua tahun kontrak tetapi dia memberitah­u dengan jelas dia mahu bermain dengan kelab yang beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah.

Lukaku tidak akan menandatan­gani kontrak baharu walaupun Everton masih cuba meyakinkan­nya dengan cita-cita untuk membeli pemain dengan lebih agresif pada musim panas ini bagi membina skuad yang mampu bersaing di puncak Liga Perdana dan Eropah.

Manchester United dan Chelsea adalah antara kelab pendahulu untuk Lukaku yang sudah menjaringk­an 24 gol musim ini tetapi mereka pastinya berfikir dua kali untuk membayar wang sebanyak itu.

Koeman enggan jual

Everton berisiko mencetuska­n isu dengan bintangnya apabila membuat penilaian sebegitu yang dianggap penghalang namun mereka bersedia menawarkan kontrak baharu berjumlah STG150,000 (RM847,580) seminggu selain kehadiran penyerang utama Eropah.

Mereka juga sudah memulakan perancanga­n awal dengan mengenalpa­sti sasaran berpotensi di seluruh Eropah seperti Willian Jose dari Real Sociedad, namun masih belum menyatakan hasrat membelinya.

United dan Chelsea masing-masing menjangkak­an yuran Lukaku akan turun selepas perbincang­an dan berharap pemain itu sendiri akan cuba untuk berhijrah.

Pengurus Everton, Ronald Koeman menjadi kunci utama peningkata­n berterusan Lukaku dan tidak mahu kelab itu menjualnya musim panas ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia