Berita Harian

Matuidi pastikan PSG tak keciciran

-

Paris: Jaringan Blaise Matuidi pada minit ke-93 memastikan kemenangan 3-2 Paris Saintgerma­in ke atas Metz semalam untuk menyamai jumlah mata dikumpul pendahulu Ligue 1, AS Monaco.

Terdahulu, Edinson Cavani meledak gol ke-30 dalam liga musim ini sebelum Matuidi memastikan babak pertama beraksi dengan kelebihan buat PSG.

Namun Yann Jouffre dan pemain gantian Cheick Diabate kembali meletakkan kedudukan seimbang malah hampir meraih gol ketiga tetapi sepakan percuma Jouffre terkena palang.

Mata kelegaan

Bagaimanap­un, ketika aksi memasuki masa tambahan, Matuidi tampil dengan gol kedua peribadiny­a dalam perlawanan ini sekali gus kekal memberi tekanan kepada Monaco dalam perebutan kejuaraan liga.

“Kami berada dalam ketakutan sehingga akhir perlawanan. Saya fikir ada ketikanya kami tidak menghormat­i kemampuan lawan.

“Kami kena berhati-hati dengan perkara itu kerana pasukan lawan terus berjuang dan tidak berputus asa. Tiga lagi mata dan ia satu kelegaan buat kami,” kata Matuidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia