Berita Harian

United tiup semangat wira

Kejayaan benam Chelsea nyalakan harapan menentang Anderlecht esok

-

Ashley Young menyifatka­n kemenangan Manchester United ke atas Chelsea minggu lalu sebagai penanda aras menjelang pertembung­an suku akhir Liga Europa dengan Anderlecht, awal pagi esok.

United kembali bernyawa dalam musim ini dan membuka semula pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Chelsea 2-0 Ahad lalu.

Meskipun menguasai aksi pertama suku akhir minggu lalu ketika menentang Anderlecht, United terikat 1-1 di Brussels dan Young berkata, mereka tidak pernah sangsi dengan kemampuan pasukan bagi menyelesai­kan tugasan diberikan.

“Kami dapat rasakan prestasi yang diinginkan itu sudah tiba,” kata penyerang serba boleh England itu yang juga kapten United ketika menentang Chelsea.

“Terdapat banyak keputusan seri di laman sendiri. Jujurnya, saya tidak fikir ramai pemain melihat keputusan itu tiba atau corak perlawanan berkenaan. Kami melakukann­ya.

Dapat motivasi

“Kami yakin dengan diri sendiri. Saya yakin dengan setiap pemain dalam skuad ini. Harapharap kami melangkah ke separuh akhir. Sekiranya kami bermain sama seperti ketika menentang Chelsea, maka saya pasti kami dapat mengatasi Anderlecht dan mara ke separuh akhir.”

Kemenangan ke atas Chelsea meningkatk­an peluang United untuk berada dalam senarai empat pasukan terbaik liga dengan ketika ini ketinggala­n empat mata di belakang penghuni keempat Manchester City. United masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Sementara itu, jurulatih Anderlecht dari Switzerlan­d, Rene Weiler sedar kemampuan United selain menjadikan jaringan Leander Dendoncker sebagai tonik untuk ke Old Trafford.

“Sukar buat kami pada babak pertama. Manchester United sangat kuat dan mengagumka­n, kami bermain lebih baik pada babak kedua.

“Kami terus memberi tekanan kerana sedar yang kami mungkin berakhir dengan keputusan seri. Gol itu memberikan kami motivasi tambahan,” kata Weiler.

 ??  ?? Pemain Chelsea N'golo Kante cuba menghalang Young pada pertemuan EPL di Old Trafford, Ahad lalu.
Pemain Chelsea N'golo Kante cuba menghalang Young pada pertemuan EPL di Old Trafford, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia