Berita Harian

Ancelotti minta UEFA guna teknologi video

-

Madrid: Jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti berkata UEFA perlu memperkena­lkan teknologi video selepas pasukannya tewas kepada Real Madrid secara kontrovers­i pada pusingan kedua suku akhir Liga Juara-juara.

Cristiano Ronaldo menjaringk­an hatrik untuk bergelar pemain pertama menjaringk­an 100 gol dalam Liga Juara-juara ketika juara bertahan Madrid melengkapk­an kemenangan 4-2 semalam dan mara dengan kelebihan agregat 6-3 dalam masa tambahan.

Bagaimanap­un, jaringan kedua dan ketiga pemain Portugal itu ofsaid manakala pemain Bayern, Arturo Vidal dibuang padang lima minit sebelum berakhir masa sebenar.

Empat kali hampa

“Saya rasa kami berhak lebih daripada ini. Ada keputusan yang memberikan hukuman teruk buat kami.

“Kad merah untuk Arturo tidak sepatutnya dan kemudian dua gol daripada Cristiano adalah ofsaid, jadi jelas kami tidak gembira.

“Pada suku akhir anda perlu meletakkan pengadil yang lebih baik, atau ia adalah saat untuk memperkena­lkan pengadil dengan bantuan video, yang sedang diusahakan UEFA, kerana terlalu banyak kesilapan, “kata Ancelotti.

Bayern kini disingkirk­an dalam empat musim berturuttu­rut oleh kelab Sepanyol.

Mereka mengancam untuk menukar defisit 2-1 pada perlawanan pertama ketika jaringan penalti Robert Lewandowsk­i dan gol sendiri Sergio Ramos di setiap babak selepas jaringan Ronaldo membawa perlawanan ke masa tambahan di Santiago Bernabeu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia