Berita Harian

Belum masa Khairul Hafiz pecah rekod

Sepanjang latihan pelari tunjuk keputusan positif, semangat juang tinggi

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim percaya anak didiknya, Khairul Hafiz Jantan akan mencapai kemuncak prestasi menjelang Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos ini sekali gus memecahkan rekod kebangsaan miliknya.

Jelasnya, sepanjang sesi latihan di Afrika Selatan, pelari itu menunjukka­n keputusan positif serta semangat juang tinggi yang dianggap petanda baik untuk mengejar gelaran raja pecut Asia Tenggara.

“Sasaran saya ialah Khairul Hafiz akan mencapai kemuncak prestasi di Sukan SEA ini kerana kita mahukan pingat emas 100 meter (m). Ketika ini, bukan masanya lagi dia memecahkan rekod miliknya (10.18s).

Latihan dua kali ganda

“Kita boleh menganggap latihan di Afrika Selatan adalah dua kali ganda (sukar) kerana berada di kawasan altitud tinggi. Saya percaya apabila kita kembali berlatih di negara ini, prestasi atlet akan meningkat,” kata Poad di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Mengulas latihan menjelang KL2017, Mohd Poad berkata, pelari negara akan menyertai Kejohanan Trek dan Balapan Terbuka Singapura ke-79 (27 dan 28 April) sebagai acara pemanas badan.

“Saya harap mereka dapat melakukan yang terbaik. Oleh kerana Badrul Hisyam Abdul Manap beraksi baik dalam acara 400m di Afrika Selatan, jadi kita akan cuba menyenarai­kannya dalam acara ini di Singapura.

“Namun, kita hanya akan membuat keputusan mengenai acara yang bakal disertai oleh atlet pada penghujung Jun nanti,” katanya.

Untuk rekod, Sukan SEA akan berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos manakala Sukan Para ASEAN pula akan diadakan bermula 17 hingga 23 September ini.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRIE KHALID / BH ] ?? Pasukan olahraga negara bergambar di KLIA selepas tiba dari Afrika Selatan, malam kelmarin.
[ FOTO MOHD KHAIRIE KHALID / BH ] Pasukan olahraga negara bergambar di KLIA selepas tiba dari Afrika Selatan, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia