Berita Harian

Fatin Nurfatehah mahu kuatkan mental

-

Kuala Lumpur: Pemenang tiga pingat emas acara compound di Sukan SEA Singapura 2015, Fatin Nurfatehah Mat Salleh mahu skuad memanah negara meningkatk­an persiapan ketahanan mental ke tahap maksimum menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos ini.

Atlet kelahiran Kota Kinabalu, Sabah berusia 26 tahun itu menjelaska­n aksi di laman sendiri pastinya akan menzahirka­n lebih banyak tekanan berbanding ketika beraksi di negara lain.

“Sebagai atlet sudah tentunya aksi di laman sendiri lebih memberikan tekanan, tetapi kami ada memohon bantuan pakar psikologi untuk mengawal gementar serta bagaimana hendak memperoleh pingat emas. Itu daripada sudut mental.

“Daripada aspek fizikal, saya sudah berlatih sepenuhnya, cuma saya perlu lebih tumpukan kepada persiapan mental,” katanya ketika sidang media Program Kita Juara 2017 yang berlangsun­g di Majlis Sukan Negara (MSN), dekat sini, semalam.

Harap sokongan peminat

“Kebiasaann­ya, di temasya sukan besar kebanyakan pemanah kalah kerana tidak mempunyai kekuatan mental walaupun lawannya tidak begitu kuat. Itu adalah Pemanah negara kelemahan seorang atlet memanah, jadi sebab itulah kami kena kuatkan persiapan mental,” kata Fatin.

Fatin juga begitu mengharapk­an sokongan peminat ketika temasya KL2017 untuk membantu menaikkan semangat atlet negara untuk meraih hasil cemerlang.

“Saya harap sebulan sebelum temasya berlangsun­g pasukan memanah dapat menarik minat orang ramai. Jika dapat beraksi di Dataran Merdeka ia akan menjadi satu bonus.

“Tetapi jika venue ditukarkan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mungkin agak susah,” kata atlet itu yang mengakui lebih gemar beraksi dengan kehadiran penonton yang ramai.

Sebagai persiapan, skuad memanah negara akan menyertai lima kejohanan kebangsaan dan antarabang­sa sebelum bermulanya temasya KL2017.

Lima kejohanan itu adalah pusingan pertama Kejohanan Memanah Piala Dunia di Shanghai, China (16-21 Mei); Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Kedua di Kelantan (17-21 Mei), pusingan kedua Piala Dunia di Turki (6-11 Jun), pusingan ketiga Piala Dunia di Amerika Syarikat (20-25 Jun) serta Kejohanan Piala Asia di Taiwan dari 4-9 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia