Berita Harian

Amsyar elak sikap terlalu yakin

-

Kuala Lumpur: Ahmad Amsyar Azman enggan memandang mudah cabaran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) meskipun dia memasang impian besar menggondol semua pingat emas dalam acara disertainy­a.

Atlet Perlis berusia 25 tahun itu menjelaska­n, walaupun sudah meraih dua pingat emas Sukan SEA 2013 dan 2015, namun dia perlu berhati-hati dengan penerjun Singapura, Indonesia dan Thailand.

Misi besar

“Untuk temasya kali ini, saya mungkin akan menyertai dua atau tiga acara iaitu 3 meter (m) papan anjal individu, 1m papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama.

“Jurulatih belum tetapkan siapa yang akan terpilih dan dalam acara apa, tetapi saya ingin meraih pingat emas dalam semua acara yang disertai nanti.

“Walaupun misi saya besar, namun saya tidak mahu terlalu berharap kerana semua atlet sudah pasti melakukan persiapan rapi,” kata Amsyar kepada BH Sukan.

Berlatih di China

Penerjun yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Rio Brazil 2016 itu menjelaska­n dia dan pasukan terjun dijadualka­n menjalani latihan selama dua bulan di China.

“Selepas latihan di China, saya akan sertai dua kejohanan sebelum KL2017 iaitu Terbuka Taiwan dan Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary,” katanya.

Pada temasya Myanmar 2013, Amsyar meraih pingat emas acara 3m seirama bersama Ooi Tze Liang dan mereka mengulangi pencapaian itu di Sukan SEA Singapura 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia