Berita Harian

Skuad hoki dewan sertai kejohanan Asia

-

Kuala Lumpur: Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia akan menjadi medan untuk menguji kekuatan skuad lelaki negara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan, Muhammad Amin Rahim berkata walaupun sasaran utama adalah meraih pingat emas di Sukan SEA tetapi dia mahu anak buahnya mempamerka­n aksi kompetitif pada kejohanan yang berlangsun­g di Doha, Qatar, pada 24-28 April ini.

Katanya, pasukan yang baru dibentuk di bawah program pembanguna­n senior bulan lalu itu akan menampilka­n pemain hoki padang kebangsaan dan negeri, di samping empat pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tak boleh ambil mudah

“Acara hoki dalam dewan ini pertama kali dipertandi­ngkan di Sukan SEA. Kejohanan di Qatar itu tidak boleh diambil mudah kerana standard pasukan bertanding berada pada ranking terbaik dunia terutamany­a Iran.

“Memang sukar untuk menandingi Iran, tetapi dalam rekod sebelum ini Malaysia sering berdepan Skuad lelaki: Muhammad Zaimi

Mat Deris, Mohd Khairul Afendy Kamaruzama­n Kapten: Muhammad Najib Abu Hassan Mohd Ashran Hamsani, Mohd Hanip Che Halim, Rafizul Ezry Mustafa, Mohd Norhafizie Jamil Azomi, Norsyafiq Sumantri, Muhammad Aslam Mohammad Hanafiah, Kevin Frederick Lim, Muhammad Amirol Aideed

Mohd Arshad, Mohd Syafiq Yaakop. dengan Iran pada aksi final. Skuad negara perlu menimba pengalaman sebanyak mungkin untuk memantapka­n pasukan sebelum Sukan SEA," katanya kepada Bernama.

Pada kejohanan enam sebelah itu, Malaysia diundi bersama Iran, Qatar dan Oman dalam kumpulan A manakala Kazakhstan, Uzbekistan, Taiwan dan Thailand di dalam kumpulan B.

Pernah muncul juara

Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM) turut menghantar skuad wanita yang diundi bersama Kazakhstan, Thailand, Uzbekistan, China dan Korea Utara.

Sebagai rekod skuad lelaki negara muncul naib juara sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2014 manakala pasukan hoki wanita pula pernah muncul sebagai juara pada edisi 2009.

Mengenai cabaran di Sukan SEA, Muhammad Amin berkata skuad lelaki tidak boleh memandang rendah dengan pasukan Thailand dan Indonesia.

Sukan SEA Kuala Lumpur akan berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia