Berita Harian

Jeng Tzan sasar lontar 50m

-

Kuala Lumpur: Atlet lempar cakera wanita negara, Yap Jeng Tzan bukan setakat ingin mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, malah mahu memastikan lontaranny­a mampu mencecah sekurang-kurangnya 50 meter, di Sukan SEA, Ogos depan.

Sebagai langkah awal, Jeng Tzan mahu menyasarka­n untuk mengatasi rekod kebangsaan­nya pada jarak 47.79 meter yang dilakukan di Kejohanan Terbuka Vietnam 2014, di Terbuka Singapura minggu depan.

Suntik semangat

“Saya mahu mencatatka­n jarak 48m di Singapura minggu depan. Jika mampu melakukann­ya yang juga pasti satu rekod baru kebangsaan, ia akan menyuntik semangat untuk memburu jarak 50m di Sukan SEA,” kata atlet berusia 30 tahun dari Negeri Sembilan itu.

“Untuk Sukan SEA nanti, saya mempunyai tempoh dua bulan lebih saja lagi dan perlukan lebih banyak kejohanan. Selepas Terbuka Singapura, jurulatih merancang untuk berlatih di Eropah pada Mei nanti,” kata Jeng Tzan yang akan membuat penampilan keempat pada temasya sukan dwitahunan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia