Berita Harian

Siasatan hampir lengkap

SPRM serah kepada DPP minggu depan untuk pertuduhan rasuah bola sepak

- Oleh Junita Mat Rasid

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jangka dapat menyiapkan siasatan isu rasuah bola sepak dalam tempoh seminggu lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi SPRM, Datuk Azam Baki ( berkata setakat ini ada seorang lagi pemain bola sepak masih ditahan reman, manakala yang lain sudah dibebaskan.

Katanya, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan kes itu sebelum menyerahka­nnya kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP), minggu depan.

“Pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan seberapa segera dan masih ada seorang lagi (pemain bola sepak) dalam tahanan reman kita.

gambar), Atur perlawanan

“Saya jangka minggu depan kertas siasatan akan diserahkan kepada DPP untuk pertimbang­kan sebarang pertuduhan. Jadi saya harap kita dapat menyelesai­kan siasatan dengan cepat dan keputusan siasatan saya jangka dalam masa seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan mesyuarat bersama Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani dan Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias, di sini, semalam.

Pada 5 April lalu, tiga pemain bola sepak Majlis Sukan India Malaysia-persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) dan seorang bookie ditahan SPRM untuk siasatan kes mengatur keputusan perlawanan.

Ketiga-tiga pemain berusia 26 hingga 29 tahun, termasuk seorang pemain import ditahan dalam satu operasi susulan siasatan awal mendapati pemain menerima antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan dan dipercayai terbabit dalam kegiatan itu sejak beberapa tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia