Berita Harian

Afif janji aksi terbaik temu JDT

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Kekuatan utama Johor Darul Ta’zim (JDT) lebih kepada semangat berpasukan yang diterapkan pengendali skuad itu, Benjamin Mora iaitu gandingan mantap antara pemain tempatan dan import.

Ia diakui pemain pertahanan Pahang, Mohd Afif Amiruddin yang mahu gandingan itu dapat disekat untuk skuad Tok Gajah mengisi slot separuh akhir Piala FA

Pada masa sama, dia berkata, JDT juga memiliki kelebihan dari segi sokongan padu penyokong Harimau Selatan selain aura apabila beraksi di stadium keramat mereka.

“Oleh itu, kami tidak boleh memberi laluan mudah kepada lawan membolosi gawang, sebaliknya berusaha menghasilk­an gol bagi menambah jurang jaringan lebih besar.

Persediaan mental

“Bagi merealisas­ikan misi itu, prestasi terbaik terutama bangkit daripada prestasi hambar untuk mengesahka­n tempat ke separuh akhir,” kata pemain memiliki ketinggian 1.86 meter itu, semalam.

Dalam pada itu, Afif tidak menafikan keputusan seri 2-2 dengan Selangor pada aksi Liga Super 15 April lalu, turut memberi kesan dari segi persediaan mental apabila berdepan JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos nanti.

Namun, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu percaya kebangkita­n akan dilakukan skuad Tok Gajah untuk kembali mempamerka­n prestasi mengagumka­n apabila berdepan JDT yang juga juara bertahan pada aksi suku akhir kedua itu.

Katanya, segala-galanya akan dilakukan skuad bimbingan Dollah Salleh bagi memastikan kelebihan dua gol iaitu kemenangan 3-1 pada aksi suku akhir pertama dapat mengisi slot ke separuh akhir.

“Saya akui keputusan seri dengan Selangor sedikit menjejaska­n persediaan pasukan tetapi kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kelebihan dapat dipertahan­kan untuk mencapai misi ke final.

“Tumpuan kini lebih kepada meningkatk­an tahap kecergasan selain kekuatan mental,” katanya.

 ??  ?? Afif (kanan) tuntut rakan sepasukan lebih waspada jumpa JDT di Larkin, Ahad ini.
Afif (kanan) tuntut rakan sepasukan lebih waspada jumpa JDT di Larkin, Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia