Berita Harian

‘Cari penawar elak moral Helang Merah merudum’

Othman akui tindakan Cheng Hoe lepas jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah antara punca

- Oleh Suzalina Halid

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu segera mencari ‘penawar’ untuk mengubati moral skuad yang dikhuatiri terjejas sehingga tewas mengejut kepada T-team dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu.

Mengakui isu perpindaha­n ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe antara penyumbang, Naib Presiden III KFA, Datuk Othman Aziz, mahu masalah itu ditangani segera demi mengelak skuad Helang Merah terus dihantui kemerosota­n.

“KFA perlu ambil tindakan segera cari punca kenapa prestasi skuad merudum...saya lihat apa yang dialami Kedah ketika ini adalah isu moral yang titik tolaknya bermula apabila seri dengan PKNS dua minggu lalu, sebelum kalah teruk 5-0 kepada T-team.

“Saya harap pihak pengurusan dapat cari punca, sekali gus mengatasi masalah ini kerana kita tak mahu segala diusahakan kerajaan negeri termasuk menghabisk­an puluhan juta setiap tahun untuk pasukan Kedah, berakhir dengan berputih mata,” katanya.

Pentingkan diri sendiri

Ditanya mengenai tindakan Cheng Hoe melepaskan jawatan di KFA untuk berkhidmat bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan, Othman mengakui tindakan itu dilihat sebagai suatu tindakan yang bersifat pentingkan diri selain dibuat tanpa pertimbang­an sewajarnya.

Malah, beliau percaya keputusan itu jugalah menyebabka­n anak buah Cheng Hoe dalam skuad Helang Merah kini terumbang-ambing sehingga memberi kesan kepada prestasi dan persembaha­n mereka.

“Saya pun hairan kenapa perlu dia terima tawaran itu di tengah musim walaupun mungkin tawaran yang diterima terlalu hebat...sepatutnya beliau mempunyai etika dengan berbincang dengan pihak pengurusan selain mempunyai pertimbang­an dengan memikirkan nasib anak buahnya.

“Sepatutnya elemen yang tidak sepatutnya dibawa masuk ini, janganlah bawa sama sekali dalam pasukan kerana kita tak mahu momentum pasukan terencat disebabkan isu yang hakikat sebenarnya bukanlah isu,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH ] ?? Prestasi merudum skuad Kedah bermula apabila seri dengan PKNS dua minggu lalu, sebelum kalah teruk 5-0 kepada T-team.
[ FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK / BH ] Prestasi merudum skuad Kedah bermula apabila seri dengan PKNS dua minggu lalu, sebelum kalah teruk 5-0 kepada T-team.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia