Berita Harian

KAFA singkir Celin

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin menamatkan kontrak penyerang import dari Brazil, Alessandro Padovani Celin yang berdepan dengan masalah kecederaan.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata tempoh jendela perpindaha­n pemain asing yang dibuka pada Mei ini memberi peluang persatuan itu menggantik­an khidmat Celin.

Sebelum ini, pegawai perubatan pasukan mengesahka­n kecederaan Celin memerlukan tempoh yang panjang untuk pulih sepenuhnya.

“Sepanjang 10 perlawanan saingan Liga Super, Celin hanya bermain tiga perlawanan sebelum diketepika­n gara-gara mengalami masalah kecederaan pangkal paha ketika pertemuan dengan Perak di Stadium Ipoh.

“Buat masa sekarang KAFA sedang meneliti calon pengganti sesuai mengisi kekosongan kuota import keempat yang bakal ditinggalk­an Celin.

Ghaddar perlu gandingan mantap

“Kuota import Kelantan kini diisi tiga lagi pemain lain iaitu Mohammed Ghaddar, Margaro Gomis dan Mamadou M Danso,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Mengulas prestasi pemain import Kelantan musim ini, Ismail mengakui KAFA berpuas hati dengan sumbangan ketiga-tiga import terutama Ghaddar yang mendahului senarai penjaring dengan 16 gol setakat ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengakui Ghaddar memerlukan gandingan import berkualiti untuk membantu beliau di bahagian jentera serangan.

“Ciri-ciri pemain import yang diperlukan semestinya memiliki kelebihan ketinggian dan berkemampu­an menjaringk­an gol dalam pelbagai situasi serta bebas daripada masalah kecederaan lampau.

“Saya serahkan mandat untuk menentukan siapa calon bakal pengganti Celin kepada pihak pengurusan KAFA yang berhak membuat pertimbang­an sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? Celin hanya beraksi tiga perlawanan sebelum diketepika­n kerana cedera.
Celin hanya beraksi tiga perlawanan sebelum diketepika­n kerana cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia