Berita Harian

MU bakal kehilangan presiden jika terus kalah

-

Ayer Keroh: Melaka United (MU) bakal berdepan risiko kehilangan presidenny­a, Datuk Seri Idris Haron jika gagal mempamerka­n prestasi cemerlang pada Liga Super musim ini.

Idris yang melahirkan rasa kecewa di atas kegagalan pasukan itu dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini mendakwa persembaha­n pasukan yang merudum kali ini disebabkan faktor pengurusan dalaman dan pemain.

“Tujuan kita (kerajaan negeri) mahu jadikan pasukan MU kuat, kita semua mahu tengok pasukan (bola sepak) Melaka kuat, tetapi saya rasa sedih.

“Cakap saya macam tidak didengari, seolah-olah macam saya cakap benda main-main. Selagi tidak selesai masalah dalaman pengurusan dan pemain, selagi itulah kita (MU) tidak boleh jadi pasukan cemerlang,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, semalam.

Pasukan belasahan

Sebelum ini, MU dibelasah 7-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin sehingga mencetuska­n kebimbanga­n peminat berkaitan prestasi merudum skuad Hang Tuah itu.

Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebelum ini dilaporkan berkata, dua pemain import pasukan berkenaan juga sudah diberikan Presiden Melaka United

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia