Berita Harian

FELDA United dimalukan di laman sendiri

- Oleh Nik Sukry Ramli

Maran: FELDA United FC gagal menggunaka­n kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 1-3 di tangan Tampines Rovers, di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam tadi.

Tampil dengan aksi yang hambar, FELDA United perlu menyalahka­n diri mereka sendiri apabila mensia-siakan beberapa peluang pada separuh masa pertama.

Sebaliknya, skuad kendalian Jurgen Raab mengambil peluang ketiadaan Mohd Shukor Adan yang berada di bangku simpanan dengan menjaringk­an gol pertama hasil rembatan Ivan Dzoni pada minit ke-29 menewaskan penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun.

Anak buah B Sathianath­an cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun gagal menembusi gawang pasukan Tampines Rovers yang dikawal Mohamad Izwan Mahbud.

Gagal ke pusingan kalah mati

Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sathianath­an melakukan perubahan taktikal dan hasilnya mereka memperoleh gol penyamaan hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-51.

Kebangkita­n cuba dilakukan FELDA United bagaimanap­un tidak dapat diteruskan selepas Tampines Rovers memasukkan penyerang berbisa mereka, Khairul Amri pada minit ke-65.

Khairul Amri tidak menunggu lama apabila menjaringk­an dua gol pada minit ke-68 dan minit ke-72 bagi mematahkan semangat skuad The Fighters.

Keputusan 1-3 berpihak kepada Tampines Rovers itu kekal hingga tamat permainan.

Dengan baki satu perlawanan lagi untuk peringkat kumpulan, peluang FELDA United dilihat sukar untuk mara ke pusingan kalah mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia