Berita Harian

Galak guna sistem kad bayaran berasaskan PIN

BNM minta peniaga promosi kaedah bayaran elak penipuan

-

Bank Negara Malaysia (BNM) meminta peniaga untuk membiasaka­n diri dengan pelaksanaa­n sistem kad bayaran berasaskan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) dan terus mempromosi­kan kaedah itu sebagai perlindung­an daripada sebarang penipuan.

Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran BNM, Tan Nyat Chuan, berkata ini berikutan tindakan beberapa industri yang terus mengguna pakai sistem lama berasaskan pengesahan tandatanga­n.

“Mengikut (maklumat) kumpulan kad kebangsaan, sektor seperti makanan dan minuman, hotel, pasar raya dan kedai, penjagaan kesihatan, stesen minyak, agensi pelanconga­n dan kerajaan masih menggunaka­n sistem pengesahan lama.

Belanja RM300 juta

“Pihak pedagang dan pemegang kad itu sendiri perlu membiasaka­n diri dengan perubahan itu kerana mulai 1 Julai 2017, semua transaksi domestik perlu menggunaka­n (pembayaran) PIN di terminal semasa jualan (POS) dan sebarang pengesahan tandatanga­n tidak lagi diterima.

“Malah (kita) tidak akan melanjutka­n tempoh akhir berkenaan,” katanya pada sidang media bersempena acara siri Jelajah Epembaya ran Kebangsaan 2017, di Johor Bahru, semalam.

Mengulas lanjut, Nyat Chuan berkata, pihak industri membelanja­kan kirakira RM300 juta bagi tujuan peralihan kepada sistem baharu berkenaan.

Setakat akhir Mac lalu, kirakira 91.6 peratus kad bayaran digantikan, manakala 99.6 peratus terminal POS turut dipertingk­atkan bagi pelaksanaa­n sistem baharu itu.

“Ada kirakira dua juta pemegang kad yang masih belum menukar kad bayaran kepada kad berasaskan PIN itu biarpun tempoh akhir itu adalah kurang dua bulan lagi,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Mulai 1 Julai 2017, semua transaksi domestik perlu menggunaka­n (pembayaran) PIN di terminal semasa jualan (POS) dan sebarang pengesahan tandatanga­n tidak lagi diterima
[ FOTO HIASAN ] Mulai 1 Julai 2017, semua transaksi domestik perlu menggunaka­n (pembayaran) PIN di terminal semasa jualan (POS) dan sebarang pengesahan tandatanga­n tidak lagi diterima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia