Berita Harian

740Le xdrive tawar teknologi revolusion­ari

Model tawar teknologi revolusion­ari

- Oleh Suffian A Bakar

Varian terkini BMW 7 Series, BMW 7 Series Hybrid serba baharu dengan Teknologi edrive, bukan sahaja menetapkan penanda aras lebih tinggi, malah menawarkan pelanggan dengan teknologi BMW edrive paling maju.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun, berkata BMW 7 Series Hybrid serba baharu dengan edrive kini menawarkan teknologi revolusion­ari daripada ‘Mobility of the Future’ ke dalam segmen kenderaan mewah.

Beliau berkata, sejak diperkenal­kan awal tahun lalu, BMW 7 Series mendefinis­ikan semula idea pemanduan sedan mewah dalam dunia automotif premium.

“Di Malaysia, kami sudah menyerahka­n lebih 600 unit BMW 7 Series sejak ia diperkenal­kan. Ia jelas membuktika­n tarikan limosin mewah ini.

Gabung inovasi terbaik enjin

“Kini, BMW 7 Series Hybrid serba baharu dengan Teknologi edrive bukan sahaja menetapkan penanda aras lebih tinggi, malah menawarkan pelanggan dengan teknologi BMW edrive paling maju yang kami bangunkan melalui kepakaran BMW i,” katanya pada majlis pelancaran BMW 740Le xdrive serba baharu itu di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sang Yun berkata, gabungan kemewahan moden pada BMW 7 Series dan falsafah masa depan BMW i dijelaskan ke dalam BMW 740Le xdrive serba baharu itu.

Ia menggabung­kan inovasi terbaik enjin pembakaran dalaman dan sistem pacuan elektrik untuk menawarkan prestasi mengujakan bersama penjimatan bahan api serta emisi yang ketara.

BMW 740Le xdrive serba baharu itu dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris bersesaran 2.0 liter dengan kepakaran BMW Twinpower Turbo yang diambil daripada keluarga enjin Efficientd­ynamics BMW Group.

Bakal pembeli boleh menjangkak­an inovasi sama yang ditawarkan pada penerima anugerah World Luxury Car of the Year 2016 ini, termasuk ciri BMW Touch Display pada monitor dan BMW Gesture Control.

BMW 740Le xdrive serba baharu didatangka­n dalam warna hitam (Black Sapphire); biru (Imperial Blue); putih (Mineral White) dan kelabu (Sophisto Grey).

Pada bahagian dalam pula, sarung tempat duduk ialah kulit Nappa eksklusif bersama kemasan kayu berwarna kelabu (Poplar Grain Grey).

 ??  ??
 ??  ?? Sang Yun (kanan) dan Ketua Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan pada majlis pelancaran BMW 740Le xdrive serba baharu di Kuala Lumpur, semalam.
Sang Yun (kanan) dan Ketua Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan pada majlis pelancaran BMW 740Le xdrive serba baharu di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia