Berita Harian

Lancar skim SEAL bantu pembeli rumah

SEAL tawar pembiayaan dengan kadar faedah 5.5 peratus

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

SP Setia Bhd melancarka­n skim Setia Express Advance Loan (SEAL) untuk membantu pembeli mendapatka­n pembiayaan bank bagi rumah di bawah projek kendaliann­ya.

Skim berkenaan menawarkan pembiayaan dengan kadar faedah serendah 5.5 peratus bagi menampung lebihan harga rumah yang perlu dibayar oleh pembeli yang hanya mendapat 60 atau 70 peratus pembiayaan dari bank.

Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia, Datuk CJ Khor, berkata skim SEAL dibuat bagi menghubung­kan perbezaan yang ada antara pembiayaan bank yang diluluskan dengan harga belian rumah.

Beliau berkata, SEAL menawarkan tempoh pembiayaan semula selama 36 bulan dan pembeli hanya perlu membayar kadar faedah saja dalam tempoh itu.

“Bayaran prinsipal boleh dibuat selepas tempoh 36 bulan bagi memberikan lebih keselesaan kepada pembeli. Tiada sebarang caj penalti akan dikenakan kepada pembeli jika mereka mahu menyelesai­kan pinjaman itu lebih awal,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran skim itu di Setia Alam, Shah Alam, semalam.

Mengulas lanjut, Khor berkata, skim berkenaan dijangka mengubah suasana pasaran hartanah yang agak mencabar pada masa ini.

Bantu pembeli

Beliau berkata, kegagalan mendapat pinjaman penuh boleh menyebabka­n pembeli tidak mampu untuk memiliki rumah dan ia akan memberi kesan kepada pasaran.

“Justeru, SEAL berperanan untuk membantu pembeli, pada masa sama, memberikan keselesaan dan jaminan kepada mereka,” katanya.

Khor berkata, pihaknya tidak membuat keuntungan besar dengan memperkena­lkan SEAL.

“Dengan kadar faedah yang amat rendah, ia hanya cukup untuk menanggung segala kos yang akan kami keluarkan untuk skim ini.

“Keutamaan kami adalah untuk membantu pembeli mendapatka­n rumah idaman mereka dan bukan untuk mengaut keuntungan menerusi perkhidmat­an pinjaman wang,” katanya.

 ??  ??
 ?? ]→ [ FOTO FAIZ ANUAR / BH ?? (Dari kiri) Pengurus Besar SP Setia Bhd, Dianne Chan; Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SP Setia Bhd, Datuk Wong Tuck Wai; Khor serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan SP Setia Bhd, Choy Kah Yew pada majlis pelancaran skim...
]→ [ FOTO FAIZ ANUAR / BH (Dari kiri) Pengurus Besar SP Setia Bhd, Dianne Chan; Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SP Setia Bhd, Datuk Wong Tuck Wai; Khor serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan SP Setia Bhd, Choy Kah Yew pada majlis pelancaran skim...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia