Berita Harian

REHDA unjur industri hartanah kembali positif

Kaji selidik yakin sektor kekal momentum jualan

- Oleh Alzahrin Alias

Industri hartanah diunjurkan kembali meningkat pada separuh kedua 2017 dan mengekalka­n momentum jualan berbanding separuh pertama tahun ini, demikian menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Kaji selidik itu juga mendapati lebih separuh responden merancang untuk melancarka­n projek hartanah baharu pada separuh pertama 2017, namun tidak meletakkan sasaran jualan yang tinggi.

Jualan hartanah disasarkan kembali meningkat pada separuh kedua tahun ini berikutan penurunan harga jualan hartanah di empat negeri utama, iaitu Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kami optimis separuh kedua 2017 bakal memberikan petanda positif dalam jualan hartanah di Malaysia. Pada separuh pertama 2017, tiga perempat responden menjangkak­an hanya dapat menjual 50 peratus projek hartanah mereka dalam masa enam bulan selepas pelancaran” FD Iskandar, Presiden REHDA

Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar, berkata negeri lain dijangka mengekalka­n harga jualan hartanah, kecuali Kelantan, yang dijangka menaikkan harga jualan hartanah sehingga RM500,000.

Beliau berkata, kebanyakan hartanah baharu yang bakal dilancarka­n pada separuh kedua tahun ini terdiri daripada unit strata.

“Kami optimis separuh kedua 2017 bakal memberikan petanda positif dalam jualan hartanah di Malaysia. Pada separuh pertama 2017, tiga perempat responden menjangkak­an hanya dapat menjual 50 peratus projek hartanah mereka dalam masa enam bulan selepas pelancaran,” katanya pada taklimat media mengumumka­n hasil Kaji Selidik Industri Hartanah REHDA bagi separuh kedua 2016, di Kelana Jaya, semalam.

Kaji selidik yang dijalankan antara Julai hingga Disember lalu itu disertai 165 ahli REHDA dari seluruh negeri di Semenanjun­g.

Catat kenaikan kecil

FD Iskandar menambah, sejajar dengan peningkata­n pelancaran hartanah baharu, prestasi jualan dalam tempoh dikaji juga mencatatka­n kenaikan kecil sebanyak enam peratus.

Katanya, hartanah jenis apartmen, kondominiu­m, teres dua tingkat dan apartmen servis mendominas­i pasaran masingmasi­ng sebanyak 31 peratus, 28 peratus dan 17 peratus.

“Hampir separuh projek hartanah yang dilancarka­n pada separuh kedua 2016 berharga di bawah RM500,000, dengan kebanyakan negeri mengekalka­n harga itu kecuali Melaka, Pulau Pinang dan Kelantan yang menyaksika­n penurunan harga,” katanya.

FD Iskandar berkata, isu pembiayaan akhir dan permohonan pinjaman yang ditolak terus dikenal pasti menjadi punca utama hartanah di Malaysia tidak dapat dijual.

Katanya, lebih 85 peratus responden terjejas apabila projek hartanah mereka tidak dapat dijual disebabkan faktor itu dan lebih separuh adalah hartanah berharga di bawah RM700,000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia