Berita Harian

Eatigo sasar lebih ramai pengusaha

-

Eatigo, platform tempahan restoran dalam talian di Asia Tenggara, merancang menggandak­an jumlah pengusaha tempatan di atas aplikasiny­a di Malaysia menjelang akhir tahun, berbanding 110 pengusaha sekarang ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Eatigo Internatio­nal Pte Ltd, Michael Cluzel, berkata syarikat itu yakin dapat mencapai sasaran itu berikutan budaya makan Malaysia yang memerlukan lebih banyak restoran menawarkan perkhidma tan mereka.

“Kami mencatat kejayaan besar di Thailand dan Singapura, yang mana kami mencatat lebih empat juta pelanggan. Kami berharap memperluas­kan perkhidmat­an Eatigo di sini dan Asia Tenggara pada masa depan,” katanya pada sidang media mengenai strategi dan pelan perniagaan syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Cluzel berkata, aplikasi itu membolehka­n pengguna membuat tempahan di manamana restoran yang disenarai di bawah syarikat berkenaan dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus setiap hari.

Rantaian makanan segera

Restoran yang disenarai di aplikasi itu terdiri daripada rantaian makanan segera dan tempat makan sederhana hingga mewah.

Beribu pejabat di Thailand, Eatigo dibiayai Tripadviso­r Inc., syarikat laman web pengembara­an Amerika dan kini mempunyai lebih 1,000 pengusaha restoran dari Hong Kong, Thailand, Singapura dan Malaysia dalam rangkaiann­ya.

Dilaporkan syarikat pemula niaga itu memperoleh pembiayaan baharu lebih AS$10 juta (AS$1>RM4.41) daripada syarikat pengembara­an gergasi itu pada Oktober tahun lalu dan membolehka­nnya mengembang­kan perkhidmat­an ke seluruh Asia Tenggara.

“Kami merancang untuk menjadi peserta serantau dan berharap untuk pulang modal dalam tempoh dua tahun lagi,” tambah Cluzel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia