Berita Harian

Ecoworld, Brainy Bunch meterai perjanjian jual tanah

-

Eco World Developmen­t Group Bhd (Ecoworld) memeterai perjanjian dengan Brainy Bunch Internatio­nal Islamic Montessori (Brainy Bunch) bagi penjualan tanah di projek Eco Grandeur dan Eco Tropics.

Tanah berkenaan akan digunakan untuk pembanguna­n kampus sekolah antarabang­sa Brainy Bunch di Eco Grandeur, Puncak Alam di Selangor dan kampus pendidikan awal kanakkanak di Eco Tropics, Iskandar Johor.

Presiden dan Ketua Eksekutif Ecoworld, Datuk Chang Khim Wah, berkata pihaknya teruja dengan jalinan kerjasama itu kerana ia akan menyediaka­n sistem pendidikan berkualiti tinggi kepada komuniti di dua perbandara­n terbesar milik Ecoworld itu.

“Ia akan menjadi sekolah antarabang­sa pertama di dalam ka wasan Puncak Alam yang akan menyediaka­n pendidikan rendah dan menengah.

Perkembang Eco Grandeur

“Dengan reputasi Brainy Bunch yang baik, kerjasama ini akan membantu mengembang­kan lagi perbandara­n di Eco Grandeur dan kawasan sekitarnya,” katanya selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) di Puncak Alam, semalam.

Brainy Bunch diwakili oleh Ketua Eksekutif dan Pengasasny­a, Mohd Fadzil Hashim. Ia disaksikan oleh Pengerusi Ecoworld, Tan Sri Liew Kee Sin dan Pengerusi Eksekutif Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Tahir.

Brainy Bunch kini mengendali­kan 73 kampus prasekolah di seluruh negara dengan lebih 6,000 pelajar. Ia juga mempunyai dua cawangan di Singapura, satu di Indonesia serta sebuah sekolah kebajikan di Gaza.

Sementara itu, Mohd Fadzil berkata, sekolah antarabang­sa itu akan dibangunka­n di atas tapak seluas dua hektar dengan kapasiti pelajar seramai 2,000.

“Pada masa ini, harga tanah itu masih belum dimuktamad­kan dan kami berharap perjanjian ini dapat diselesaik­an menjelang akhir tahun ini.

“Jika semuanya berjalan lancar, sekolah antarabang­sa ini akan mula beroperasi pada 2020,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menyasar jumlah pendapatan menerusi operasi kampus prasekolah di Malaysia meningkat kepada RM40 juta pada 2020.

 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD / BH ] ?? Khim Wah (kiri) bertukar dokumen dengan Mohd Fadzil sambil diperhatik­an Kee Sin (tengah) dan Syed Zainal Abidin (dua dari kanan) pada majlis menandatan­gani MOU di Puncak Alam, semalam.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD / BH ] Khim Wah (kiri) bertukar dokumen dengan Mohd Fadzil sambil diperhatik­an Kee Sin (tengah) dan Syed Zainal Abidin (dua dari kanan) pada majlis menandatan­gani MOU di Puncak Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia