Berita Harian

Malakoff perluas pendapatan loji luar negara

-

Malakoff Corporatio­n Bhd yakin memiliki simpanan tunai yang kukuh mencecah RM4 bilion untuk dimanfaatk­an bagi merealisas­ikan sasaran mengembang­kan sumbangan pendapatan daripada aset di luar negara.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Azhar Abdul Hamid, berkata berdasarka­n prestasi 2016, loji dan aset di luar negara menyumbang­kan empat peratus kepada pendapatan kumpulan dan 25 peratus terhadap keuntungan.

Katanya, ketika ini aset dalam profil pelaburan Malakoff di luar negara, termasuk pasaran maju, kebanyakan­nya dimiliki secara bersama rakan niaga bersekutu yang menjana sumbangan pendapatan menerusi ekuiti.

“Impak keuntungan operasi luar negara kami amat besar kepada kedudukan tunai Malakoff. Justeru, ia menjadi tumpuan kumpulan untuk mengembang­kan sumbangan pendapatan daripada loji di luar negara mengikut sasaran yang ditetapkan.

Kecekapan loji pengeluara­n

“Secara keseluruha­n tahun ini, selain pengembang­an di luar negara, kami turut fokus terhadap usaha memaksimum­kan kecekapan loji pengeluara­n tenaga kami,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, Malakoff mencatatka­n lonjakan pendapatan 15 peratus kepada RM6.098 bilion berbanding RM5.302 bilion pada tahun sebelumnya, disumbangk­an pendapatan baharu dari Tanjung Bin Energy Sdn Bhd yang memulakan operasi pada 21 Mac 2016.

Bagaimanap­un, keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti (PATMI) kumpulan menyusut 21 peratus kepada RM355.5 juta berbanding RM452.4 juta pada 2015.

Ia susulan penyusutan nilai tambahan yang berpunca daripada penganggar­an nilai baki loji jana kuasa berasaskan gas, dan penguranga­n pendapatan dari Port Dickson Power Bhd berikutan tarif lanjutan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang lebih rendah.

Sementara itu, Pengerusi Malakoff, Tan Sri Syed Anwar Jamalullai­l, berkata kumpulan akan terus memanfaatk­an model perniagaan yang mapan bagi memastikan kelestaria­n pertumbuha­n pada masa akan datang.

Terus berkembang maju

Katanya, kumpulan akan bekerjasam­a rapat dengan pihak kerajaan bagi memastikan aspirasi untuk terus berkembang maju di Malaysia selari dengan keperluan tenaga negara.

“Ini termasuk hasrat kami untuk terus mencari peluang meneroka potensi menjana tenaga solar yang mana lokasi penubuhan loji menjadi kunci utama memastikan jumlah tenaga matahari yang sesuai bagi menjana tenaga solar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia