Berita Harian

RHB Islamic biaya dua projek PR1MA di Kelantan

-

RHB Islamic Bank Bhd akan menyediaka­n kemudahan pembiayaan berjumlah RM31.35 juta untuk membiayai sebahagian dua projek Prima Corporatio­n Malaysia (PR1MA) di Kelantan.

Kemudahan itu merangkumi pembiayaan kepada pemaju hartanah, AUEI Teras Holdings Sdn Bhd (AUEI) dan Vertex Central Industries Sdn Bhd sebanyak RM17.75 juta bagi projek PR1MA di Kubang Kerian, dan RM13.6 juta untuk satu lagi projek di Machang.

Kerjasama itu diumumkan pada ekspo anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bertajuk Memacu Agenda Bumiputera 2017 - Pelancaran Hala Tuju Transforma­si Ekonomi Bumiputera 2.0 (BETR 2.0), di Kuala Lumpur, semalam.

Tingkat penyertaan PKS

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Datuk Adissadiki­n Ali, berkata dengan skim berkenaan, lebih banyak syarikat Teras akan mempunyai peluang untuk memulakan usaha perniagaan yang berdaya maju yang akan meningkatk­an keupayaan kewangan, perniagaan dan teknikal mereka ke tahap lebih tinggi.

“Program Teras diterajui oleh Teraju bertujuan untuk meningkatk­an penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam ekonomi Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada 10 Disember 2012, RHB Islamic memeterai kerjasama pembiayaan dengan Teraju untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan khidmat nasihat bagi syarikat Teras.

RHB Islamic adalah bank komersial Islam pertama bekerjasam­a dengan Teraju untuk membantu PKS yang mencatat prestasi dan berpotensi tinggi dengan dana sedia ada bernilai RM1 bilion, merangkumi RM400 juta bagi pembiayaan modal kerja dan RM600 juta (pengambila­lihan aset).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia