Berita Harian

Lantik semula Azlan, Kim Leng

-

Negara Malaysia (BNM) melantik semula Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali dan Dr Yeah Kim Leng sebagai anggota luar bagi Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) BNM untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April 2017.

Pelantikan semula itu akan terus meningkatk­an kepakaran dan pengalaman bersama berkaitan tanggungja­wab dan fungsi MPC, menurut bank pusat itu dalam kenyataan, hari ini.

Noor Azlan adalah Naib Canselor dan Profesor Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia, pakar dalam bidang ekonomi perniagaan dan kewangan, manakala Yeah adalah Profesor Ekonomi di Sunway University Business School.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia