Berita Harian

Volvo Trucks optimis pasaran kenderaan komersial Malaysia

Syarikat lancar trak baharu siri Volvo FH

- Oleh Shahrizan Salian

Volvo Trucks menjadikan Malaysia sebagai pasaran keutamaann­ya di Asia Tenggara, didorong oleh pertumbuha­n pesat pembanguna­n bandar di negara ini, selain pembinaan projek infrastruk­tur yang semakin bertambah.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson, berkata pihaknya melihat wujud peluang besar bagi syarikat untuk memainkan peranan penting dan menyumbang terhadap pelbagai pembanguna­n infrastruk­tur di negara ini.

Katanya, ia termasuk projek Aliran Rel Pantai Timur (ECRL) yang dianggarka­n membabitka­n kos RM55 bilion, projek aliran transit ringan 3 (LRT3) dan projek integrasi wilayah seperti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang rancang dimajukan.

“Malah, kami juga menyokong peralihan negara ini kepada piawaian pelepasan Euro 5 dan pengumuman Zon Perdaganga­n Bebas Digital.

“Satu lagi aspek penting adalah kedudukan strategik Malaysia, dari segi lokasi strategik dan peranan kerajaan di dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

“Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, kami melihat Malaysia memainkan peranan besar dengan pelbagai inisiatif bagi menyokong AEC,” katanya pada majlis pelancaran trak baharu siri Volvo FH di Shah Alam, semalam.

Yang turut hadir Naib Presiden Kanan Jualan Antarabang­sa Volvo Trucks, Helene Mellquist dan Pengarah Urusan Hab Asia Tenggara dan Jepun Volvo Trucks, Lars Erik Forsbergh.

Teknologi Volvo I-shift

Mengulas pelancaran baharu itu, Nilsson berkata, siri baharu Volvo FH adalah trak tahan lasak dan dilengkapi pelbagai inovasi yang akan memberi impak positif kepada kos pengendali­an operasi pengangkut­an di Malaysia serta rantau Asia Tenggara secara keseluruha­nnya.

Katanya, Volvo FH baharu sememangny­a model trak tahan lasak yang dijana dengan enjin yang mampu menghasilk­an tork yang tinggi.

“Semua model ini turut dilengkapi teknologi Volvo I-shift dengan gear rantai yang mampu memastikan pemanduan tepat dan terkawal, sekali gus menjimatka­n penggunaan bahan api,” katanya.

Mengenai prestasi syarikat, Nilsson berkata, 2016 adalah tahun yang agak mencabar bagi pasaran kenderaan komersial di negara ini.

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH ] ?? Nilsson (kanan) bersama Mellquist pada majlis pelancaran Volvo FH baharu di Shah Alam, semalam.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH ] Nilsson (kanan) bersama Mellquist pada majlis pelancaran Volvo FH baharu di Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia