Berita Harian

Ekonomi digital diunjur lepasi 20 peratus KDNK lebih awal

-

Sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira 17 peratus sekarang ini, dijangka melepasi unjuran sasaran 20 peratus lebih awal daripada 2020, kata Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau yakin tahap itu boleh dicapai lebih awal kerana Malaysia sudah mula melaksanak­an pelbagai projek ekonomi digital tahun ini, termasuk pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital (ZPBD) pada 22 Mac dan kini Hab Digital Malaysia.

“Malaysia juga boleh memanfaatk­an Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dan ZPBD adalah kawasan di mana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita boleh mendapat manfaat daripada perkongsia­n dengan peserta besar seperti Ali Baba.

“Berdasarka­n kadar Digital Economy Corp Sdn Bhd (MDEC) membawa masuk pelaburan, kita boleh mencapainy­a (sasaran 20 peratus kepada KDNK) lebih awal daripada 2020,” katanya selepas merasmikan Hab Digital Malaysia dan Pogram Usahawan Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Lancar pemula niaga

Mohd Irwan berkata, ekosistem Malaysia untuk pemula niaga adalah kondusif dan berikutan peraturan, dasar dan kemudahan yang disediakan, negara ini menjadi negara kedua teratas untuk melancarka­n pemula niaga di dunia.

“Kita sudah mula melihat banyak pemula niaga baharu dilancarka­n di Malaysia, manakala pemula niaga yang bermula di negara lain seperti Singapura, kini kembali untuk membina pangkalan mereka di sini,” tambahnya.

Malaysia Digital Hub yang diperkenal MDEC menawarkan peluang kepada pemula niaga untuk berkembang ke peringkat global, akses kepada jalur lebar berkelajua­n tinggi dan kesambunga­n gentian optik, peluang pembiayaan dan kemudahan, ekosistem tenaga kerja tersedia, tumpuan secara teknologi dan kemudahan holistik serta pengalaman gaya hidup.

Tumpu empat kategori

Ia memberi tumpuan kepada empat kategori, iaitu mengembang­kan pemula niaga, syarikat teknologi global, pencepat dan pembina bakat serta pelabur.

Antara insentif untuk Hab Digital Malaysia ialah pengecuali­an cukai korporat untuk pemula niaga teknologi, Program Usahawan Teknologi Malaysia yang mengeluark­an pas untuk individu yang ingin mendiri atau mengembang­kan perniagaan mereka ke Malaysia serta akses kepada pembiayaan.

Insentif cukai khas akan memanfaatk­an regim cukai sedia ada. Sebarang insentif lain akan diumumkan kemudian.

Tiga hab digital yang diluluskan kerajaan pada masa ini ialah APW, The Co dan Common Ground, semuanya terletak di Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia