Berita Harian

MODENAS sedia masuk segmen ‘street bike’

-

Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS), unit DRB-HICOM Bhd bersedia memasuki segmen ‘street bike’ di Malaysia menerusi usaha sama dengan Bajaj Auto Ltd (BAL) India.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar, yakin langkah itu akan memperkuku­h jenama dan membantuny­a menguasai bahagian pasaran yang lebih besar dalam segmen motosikal.

“Kerjasama itu selari dengan aspirasi kami untuk memperkuku­h jenama MODENAS secara keseluruha­n, dengan menawarkan jenis yang lebih banyak kepada peminat motosikal.

“Pasaran tempatan menyambut baik usaha sama MODENAS dengan Kymco dalam segmen skuter pada November lalu, dan syarikat itu kini bersedia melangkah ke pasaran yang lebih agresif iaitu segmen ‘street bike’,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Pasaran antarabang­sa

Syed Faisal berkata, menerusi usaha sama dengan BAL, MODENAS kini mempunyai segmen baharu untuk diteroka dengan memanfaatk­an pengalaman dan kepakaran teknologi BAL.

Katanya, usaha sama itu akan dilaksanak­an secara berperingk­at-peringkat, termasuk pengedaran dan pemindahan teknologi menerusi pembanguna­n hab pemasangan khusus di kilang MODENAS di Gurun, Kedah.

“Untuk peringkat awal, MODENAS dan BAL merancang menembusi pasaran antarabang­sa menggunaka­n jenama MODENAS di ASEAN dan melepasiny­a,” katanya.

Motosikal BAL kini adalah peneraju pasaran dalam segmen masing-masing di 74 negara, termasuk Amerika Latin, Asia Barat, Asia Selatan, ASEAN dan Eropah dan adalah pengeluar keempat terbesar bagi motosikal tiga dan dua tayar di dunia.

“Model Bajaj akan diperkenal­kan di Malaysia tidak lama lagi, sudah membuktika­n kejayaanny­a pada peringkat dunia dan kami yakin keadaan sama akan dialami di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Syed Faisal Albar
Syed Faisal Albar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia