Berita Harian

Suasana pasaran negatif

FBM KLCI susut 1.65 mata akibat kurang pemangkin baharu

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan kekurangan pemangkin penggerak pasaran yang baharu.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.65 mata untuk ditutup kepada 1,738.95 berbanding 1,740.6 pada Selasa.

Indeks utama itu yang dibuka 0.34 mata lebih rendah pada 1,740.26, bergerak antara paras 1,735.73 dan 1,741.47 sepanjang hari dagangan.

Keseluruha­n suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 659 berbanding 258 manakala 349 kaunter tidak berubah, 484 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.85 bilion unit bernilai RM2.19 bilion, berbanding 2.78 bilion unit bernilai RM2.45 bilion pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.05, Sime Darby meningkat tiga sen kepada RM8.25, TNB dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM13.72 dan RM19.92, manakala Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM7.58 dan IHH Healthcare jatuh empat sen kepada RM6.

Bagi saham cergas, 7-Eleven meningkat tiga sen kepada RM1.71, Connectcou­nty tidak berubah pada 28.5 sen, SYF Resources, Astro dan Kelington semua susut satu sen masing-masing kepada 60 sen, RM2.68 dan 58.5 sen, dan Muhibbah Engineerin­g berkuranga­n dua sen kepada RM2.80.

Bursa tempatan bergerak sejajar dengan kebanyakan bursa serantau lain dalam keadaan global yang tidak menentu, termasuk situasi pilihan raya lebih awal daripada dijangkaka­n di United Kingdom dan Pilihan Raya Presiden Perancis.

Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 0.07 peratus kepada 18,432.20, Indeks Straits Times Singapura susut 0.34 peratus kepada 3,126.81 dan Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.41 peratus kepada 23,825.88.

Indeks FBM Emas turun 20.25 mata kepada 12,380.99, Indeks FBMT100 susut 15.41 mata kepada 12,021.18, FBM 70 berkuranga­n 33.84 mata kepada 14,652.25, FBM Ace jatuh 75.21 mata kepada 6,042.33 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 52.57 mata kepada 12,802.31.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut 31.45 mata kepada 3,218.41, Indeks Kewangan berkuranga­n 8.96 mata kepada 15,681.26 dan Indeks Perladanga­n meningkat 20.78 mata kepada 7,991.67.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 1.78 juta unit bernilai RM2.05 bilion, daripada 1.92 bilion unit bernilai RM2.3 bilion, pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 900.25 juta saham bernilai RM117.17 juta, daripada 699.17 juta saham bernilai RM120.15 juta sebelumnya.

Waran naik sedikit kepada 160.27 juta unit, bernilai RM22.82 juta daripada 159.37 juta unit bernilai RM23.21 juta.

Barangan pengguna menyumbang 90.42 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (382.66 juta), pembinaan (74.67 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (586.58 juta), teknologi (174.22 juta), prasarana (7.03 juta), SPAC (514,500), kewangan (67.33 juta), hotel (4.15 juta), hartanah (370.33 juta), perladanga­n (18.18 juta), perlombong­an (10,000), REITS (8.22 juta) dan dana tertutup (68,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia