Berita Harian

Petunjuk negatif Wall Street jejas bursa

-

Asia kebanyakan lebih rendah semalam susulan petunjuk negatif dari Wall Street dan Eropah, selain keputusan mengejut Britain untuk mengadakan pilihan raya turut menambah kepada ketidakten­tuan global.

Pound mencatatka­n keuntungan selepas Perdana Menteri Theresa May menyatakan hasrat untuk mengadakan pilihan raya umum pada 8 Jun memandangk­an kepulauan itu bersedia meneruskan rundingan bagi meninggalk­an Kesatuan Eropah (EU).

Langkah itu susulan dari Perancis yang bersedia untuk melaksanak­an pilihan raya hujung minggu ini, sementara Jerman dijangka bersedia mengadakan pilihan raya itu, tahun ini.

Tindakan kedua-duanya itu boleh memberi implikasi besar bagi masa depan zon euro berkenaan.

Turut menambah tekanan, ketua strategi pasaran Axitrader, Greg Mckenna, berkata hubungan tegang antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara.

FTSE jatuh 2.5 peratus, manakala Dow merosot 0.6 peratus di Wall Street. Manakala, dalam dagangan awal di Eropah, London dan Paris masing-masing jatuh 0.1 peratus, namun Frankfurt 0.1 peratus lebih tinggi.

Sementara Hong Kong susut 0.4 peratus pada penutup, Shanghai merosot 0.8 peratus, Sydney kehilangan 0.6 peratus dan Singapura susut 0.5 peratus.

Yang turut berdepan kerugian Taipei, Manila dan Wellington.

“Pasaran adalah tidak menentu,” kata penganalis­is kanan di Mizuho Securities, Yutaka Miura.

Bagaimanap­un, pada akhir dagangan di Tokyo, Indeks Nikkei meningkat 0.1 peratus.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Pasaran Asia rendah susulan petunjuk negatif Wall Street dan Eropah.
[ FOTO AP ] Pasaran Asia rendah susulan petunjuk negatif Wall Street dan Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia